Jadilah insan yang lebih memahami... - Cerita Ita                                                             Jadilah insan yang lebih memahami... Langkau ke kandungan utama

Jadilah insan yang lebih memahami...

salam sejahtera semua,

tadi aku ada baca entry dari blog ni ... betul-betul buat aku yang makin jauh dari rutin mengepam untuk adik husna ni tersedar... terima kasih kawan...sangat tabik dengan korang yang masih berusaha sekuatnya...

lepas ni kena rajin-rajinkan diri lebih lagi untuk adik husna... walaupun banyak dugaan yang mendatang...

selalu bila susu ibu berkurangan.... orang akan mencadangkan macam-macam booster untuk si ibu makan dan minum... tak kurang juga petua-petua dan doa... aku sendiri pernah tulis entry macamni... tapi kita kena faham... walau sebalang atau bertan-tan... atau segantang booster tu dimakan tapi kalau individu itu sendiri sedang mengalami stress yang amat hebat dalam dirinya sendiri....satu pun tak guna tau....

si ibu akan terus panik! selalu jadi macam tu kan? dan si suami lagi la bertambah panik.... atau biasa-biasa aje?

ada 2 situasi akan terjadi....

bila suami sama panik.... biasa isteri akan lebih stress... yang mana akan mengurangkan produktiviti susunya...

kedua pulak bila suami buat biasa dan tak kisah sangat... si isteri akan lebih stress ok... yang mana si isteri akan rasa suami langsung tak ambil kisah tentang perkembangan anaknya... juga akan menyumbang pada pengurangan produktivitinya.....

jadi apa suami perlu buat???

haaa... ini dia penyelesaiannya... suami kena ambik berat tapi jangan terlampau panik dan cuba untuk tenangkan isteri anda ok... lebih baik lagi belanja isteri bercuti tempat best-best dan bagi dia sikit ketenangan supaya boleh balik semula mood untuk mengepam dan menghasilkan susu yang banyak untuk anak anda...

itu juga apa yang saya selalu buat... bila susu agak merundum.... saya ambik cuti dan luangkan masa dengan anak.. ini akan jadikan saya lebih tenang... ;)

bila bekalan susu masih tak mencukupi dan kerja anda tak mengizinkan anda untuk kerap bercuti.... takpe... sekali lagi jangan panik ok!

cuba cari mana-mana penyelesaian yang lain.... dan ketahuilah tak semua ibu yang menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun penuh tanpa ada satu masalah yang melanda pun.... semua ni dugaan Allah nak menguji sejauh mana iman kita dalam menghadapi masalah untuk membesarkan anak-anak kita...

apa penyelesaian yang mungkin?

haaa... yang ni best nak jawab....

1) anda boleh cuba alternatif ini... cuba cari ibu susuan yang boleh sumbangkan susu untuk anak anda sekurang-kurangnya sehingga anda boleh cover semula penghasilan susu anda dan penyimpanan stok susu anda....ini sangat bagus sebab anda masih boleh bagi susu manusia pada anak anda...boleh cuba rujuk Kump. Ibu Menyusukan ini jika nakkan info... ramai yang sudi menolong ;)

2) anda juga boleh cuba bagi susu formula pada anak anda... yang ni sangat mudah.. boleh dapat di mana-mana.. tapi awas... ada bayi yang akan menunjukkan tanda allergik pada susu lembu... (terjadi pada anak saya yang kedua)... jadi hati-hati dalam memilih susu sesuai dengan kondisi anak anda... jangan hanya terpedaya dengan iklan ok.. kerana susu yang mahal tak semestinya bagus ok! dan juga susu yang bagus untuk anak orang lain tidak semestinya bagus untuk anak anda...
ini juga boleh sebagai alternatif sementara anda mengembalikan stok susu anda semula... tapi jangan pulak bagi 100% susu formula... campurkan rutin susu anda dengan susu formula...
jika mula dengan susu anda pada waktu pagi sesi kedua pula boleh bagi susu formula... selepas itu ulang dengan susu ibu... dan seterusnya...

yang penting jangan stress jika tak dapat menghasilkan susu secukupnya untuk anak anda... (nasihat dari orang yang pernah menangis kerana hal ini)....setiap rezeki untuk anak itu ada... dan telah ditentukan sebaiknya...dan kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.... walau sebagus mana pun peralatan yang anda gunakan ianya tidak akan banyak membantu jika mentality kita sendiri tidak membantu....

p/s eh... nape pulak aku formal sangat petang-petang hari ni woi... wahai ibu-ibu jom mengepam!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...