perlu tukar baru ke? - Cerita Ita                                                             perlu tukar baru ke? Langkau ke kandungan utama

perlu tukar baru ke?

salam sejahtera semua,

pagi ni cerah je sekitar Kuantan... hati pun sama cerah....

sejak semalam aku plan nak suprise shah sempena hari lahir dia esok... dah selamat dapat kek yang aku tempah dari kawan sepejabat kat sini... alhamdulillah kek blueberry kegemaran anak-anak dah tersedia menanti dalam peti bilik hujung tu haaa... menunggu untuk selamat dimakan nanti.... faiz, kalau ko dekat ko yang jadi sasaran aku.. hehe...

psssttt... jangan beritahu shah ok... dia tak tau tu.... dia tak leh bukak internet hari ni pasal aku bawak broadband ni...

harap abg suka ye bang... specially for you ni... maaf ye bang tak boleh nak buat sendiri lagi... anak-anak kita kuat meragam... segala baking membaking terpaksa dihentikan buat sementara waktu ok... sementara sahaja....

eh tapi tajuk aku bukan nak cerita pasal shah nak tukar baru tau... jangan silap pulak....

ni cerita pasal tv kami kat rumah tu haaa..... dia dah mula buat hal pulak dah......

ni dia tvnya.....


dah banyak berjasa tv ni semenjak tahun 2004 lagi.....

tapi sekarang dia dah buat hal off dengan sendirinya.....macam ni...


harap maklum ye.... ini bukan atas perbuatan makhluk halus (eh ke memang ye)...bukan juga hasil jampi makhluk halus depan tv tu haaa...

ada 2 pilihan yang kami ada :

1) repair tv ni..... yang aku paling suka pasal lagi murah dari beli yang baru... (berapa kalau repair ye..ada sesiapa ada pengalaman?)

2) beli tv baru.... yang ni shah paling suka... dah lama dah dia ngendeng nak beli tv yang slim melim... tak daya dah nak memindah tv yang berat gila ni...(pasal dia yang selalu kena angkat)

kalau ikut aku, lebih berat ke yang pertama tu..... tapi kadang-kadang teringin gak bila tengok tv yang slim melim tu kan... arrrghhh nafsu!

ok cuma nak tanya korang kalau la aku pilih yang no 2 tu.... ini kalau ok... ulang lagi... kalau beli baru ok.... yang mana lebih elok ye? LCD? Plasma? LED?
korang rasa macamana? lagi satu jenama mana ok ye....? aku dah jatuh cinta dengan Panasonic tapi ok ke dia?

p/s tak sabar nak tayang kek kat shah.... apa reaksi dia ek? tahun lepas aku tak bagi apa-apa pun...tapi mesti anak-anak yg sibuk ;)


Ulasan

  1. selamat harijadi utk suami akak :)

    psstt..LCD TV pun dah okey kalo nak beli..takyah la nak LED sgt sb lebih kurang je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dik! esok sebenarnya...itulah abg akak cakap pun...lebihkurang je pun pasal LED tu pun cuma pakai LCD dgn lampu LED je..eh ye ke ni?

      Padam
  2. heheh waahh surpriseee...

    klu tv, aku lebih prefer samsung dar panasonic sbb pada aku gambar samsung lebih cantik..pada aku la

    klu nak repair tu cer ko tanya si afzan. kut dia leh estimate ke kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun cam suka samsung... tapi tak tau la ek...skrin dia nampak beso..
      eh afzan bukan buat repair LCD je ke?

      Padam
  3. LCD tv umah aku baru kena curik selasa ari tuh, aku sauk LED tv...pada aku lebih kurang ajer Ta. LCD sekarang pun tengah offer. Pengalaman aku guna Toshiba, panasonic, n sharp. Sharp lagi selalu rosak. samsung tak tau sbb baru lagi. Selamat membeli adiah arijadi shah a.k.a (ko pun guna sekali).

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... sya..bagus la banyak tv ko pakai.. aku pun cadang cam nak LCD je... eh jadi ke aku beli ni...?hehe..

      Padam
  4. psttt bukan banyak tv aku pakai...banyak tv aku jahanamkan hehehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat