Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 7 September 2012

pizza oh pizza...

salam sejahtera semua,

apa korang buat tengah rehat panjang ni? .... aku? nak pam susu... pastu rilek-rilek jap....

sebelum tu aku nak buat satu entry la.... ni projek yang aku cadang-cadang nak buat minggu lepas lagi... konon-konon ada adik ipar nak kumpul-kumpul, makan-makan kat rumah kami... jadi aku berangan la nak buat pizza sardin....

tapi last-last semua plan tak jadi... kami kemas rumah je 30/8 tu... tapi pizza aku tu tetap jadi jugak... pasal aku dah start peram doh tu sejak pagi lagi tau... bersemangat sungguh nak buat....

meh layan gambar dia dalam oven je la ye.....

gambar kat luar aku lupa nak snap.... hehe... selamat dah masuk perut.....

nak resepi? ok aku bagi.....

resepi doh dia aku godeh dari resepi doh untuk kuih donat yang aku dapat dari my resepi..

korang boleh try la ye.... aku guna camni:

Untuk DOH:
3 1/2 sudu teh yis direndam dalam 1/4 air suam... biar dia macam berbuih sikit.. dalam 10 minit camtu..kalu boleh rendam dalam mangkuk buat uli terus...
pastu masukkan sebiji telur,  2 sudu makan gula, 1 sudu teh garam, 1 cawan susu segar atau susu tepung yang dah dicampur dengan secawan air atau secawan susu cair...gaul rata.. lebih-lebih kurang je la...
pastu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai adunan boleh menjadi doh... yang ni lebih kurang 7 cawan tepung gandum kot...
biarkan doh dalam mangkuk uli dan tutup doh dengan kain yang lembab (dibasahkan dengan air dulu) sampai doh naik 2 kali ganda...
bila doh dah naik... uli sekali lagi dan boleh canai mengikut acuan pizza...(doh agak melekit)
doh ni boleh juga digunakkan untuk buat donat dan roti (boleh tambahkan gula kalau untuk roti manis)
masa canaikan doh tu taburkan dulu kawasan canai roller dengan tepung dan jangan lupa jugak sapu tepung serata tangan untuk elak doh melekat..

Untuk INTI/TOPPING:
1 tin sardin tin kecil...ambil sardinnya aje... hancurkan... campurkan garam, lada hitam..ikut suka..
lada benggala - dihiris nipis
tomato -dihiris nipis
pes tomato - untuk dibuat based
sesudu minyak masak
keju (pizza topping @morazella @ keju keping) - untuk topping
bawang merah dan bawang putih - dipotong dadu

cara-cara:
dah siap canaikan doh pizza tu.... sediakan bahan-bahan untuk buat topping...
1) sapukan minyak masak atas doh pizza..
2) ratakan pes tomato atas minyak masak
3) letakkan sardin atas pes tomato dan ratakan..
4) taburkan bawang merah dan bawang putih diatas sardin..
5) letak lada benggala dan tomato sebagai penghias topping..
6) cover keseluruhan pizza dengan keju..
7) masak dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius.. masak sampai keju cair.. masa jangkaan lebih kurang 20 minit la camtu...

Selamat mencuba ok!

p/s kalau tak jadi jangan cari aku... hahaha! kalau jadi leh komen kat sini...

Cerita menarik lain