Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 25 September 2012

Doa untuk anak yang nakal

salam sejahtera semua,





DOA Untuk Anak Nakal dan Hyper

by LayarMinda on Tuesday, 23 November 2010 at 23:57 ·
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kekepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -

"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Tambahan INFO:

Jangan galakkan anak pakai baju warna oren. Dari psikologi warna, warna oren boleh merangsang secara aktifnya tindak-tanduk anak dan akan menjadi hyperaktif.

 Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 

http://www.facebook.com/note.php?note_id=163452530356884&id=119355758077436

p/s kena perhatikan juga sumber rezeki yang diberikan pada anak-anak...
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam, saya seorang ibu kepada seorang putri dan putra, masing-masing berumur 3 tahun dan 2 tahun, bleh x kongsikan tips untuk saya sentiasa bersabar dengan kerenah mereka yang nakal dan lasak. kadang-kadang menyebabkan saya rasa hilang sabar dan menyebabkan saya dan suami bergaduh..

AkmaFaizal berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nice info. akan cuba dipraktikkan agar kami sekeluarga penuh dgn kasih sayang dan kesabaran yg berpanjangan. Insya Allah. Aamiin