Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 11 September 2012

Sekitar sambutan hari lahir shah


Salam sejahtera semua,

Entry ni saje je aku buat untuk selitkan gambar-gambar sekitar majlis potong kek shah yang kecik-kecik je tu…
Meh kita layan gambar je ye…


Turn ayah dengan abg long…


Dah selesai…saya pulak…


Maka turn abg ngah pulak…eh…hari lahir sapa ni?


Masa mula-mula potong…


Sukanya dapat makan kek…perhatikan adik yang makin menghampiri…


Akhirnya…menjelang tengah malam… makan betul kami kan? Hehehe…..sedap wooo..habis diet sebulan tu…

Sebenarnya ada tragedi terjadi sebelum majlis potong kek ni…  petang sebelum majlis ni, shah ada cakap dengan aku dia nak temankan abg ipar dia ke KL naik lori sebab abg ipar dia kena naik KL sorang-sorang… aku mula dah macam nak marah kan…. Ye la aku dah plan baik punya nak buat surprise kat dia… tetiba dia kata nak gi KL pulak… ada ke patut? Pastu balik pagi atau tengahari esoknya… ada ke patut tu?

kek ni pulak dah terkantoi dengan shah tapi dia ingat aku beli kek untuk makan-makan je… biasa dah dengan perangai aku yang suka makan kek ni kan…

pastu dia kensel pulak dengan abg ipar dia bila aku mula dah marah-marah… ayat aku camne tau… “sibuk je abg nak temankan orang, orang yang kat rumah ni sapa pulak nak temankan?”… betul la kan? Kesian kat aku tau…. Sibuk dengan anak-anak lagi… tapi kesian jugak dia kena marah sebelum sambut birthday kan? Zalimnya aku… apa pun ita sayang abang tau….abg pun sayang ita kan? ceh.. perasan...

p/s apapun yang terjadi aku rela utamakan keluarga… FAMILY FIRST…





Cerita menarik lain