Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 17 Jun 2013

Jerebu teruk di beberapa kawasan

assalamualaikum semua,



gambar dari mstar online 


2 hari duduk cuti dan duduk rumah tak perasan kat luar tengah berjerebu teruk... sedar-sedar pun bila shah bagitau semalam je...

dan balik dari klinik semalam masa keluar kereta memang ada bau asap... ke asap orang kampung bakar sampah? eh? hehehe....

apa pun ini berita terkini tentang jerebu di seluruh negara...

ini berita semalam... berita harian

IPU melebihi paras tidak sihat

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam. 
Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105). 

Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Kenyataan dikeluarkan JAS

Mengikut kenyataan dikeluarkan JAS, kemerosotan kualiti udara dikesan pada 14 Jun di stesen Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung.

“Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” kata jurucakap JAS, dalam kenyataan di sini, semalam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727. 
Katanya, JAS sentiasa memantau status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di setiap negeri serta mempertingkatkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Mudah Terbakar dalam mengawal penurunan kualiti udara.

Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung.

Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar.

“Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami.

“Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa,” katanya.

dan ini berita hari ini... dan terkini... mstar online ..

PETALING JAYA: Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah teruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang.
Kualiti udara di enam kawasan di semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan hanya tiga kawasan pada Sabtu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka (161), Bukit Rambai (135), Pelabuhan Klang (104), Port Dickson (120), Muar (125) dan Kemaman (108).
Bagaimanapun, kualiti udara di kebanyakan tempat lain di negara ini berada pada tahap baik dan sederhana.
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Di Melaka, bacaan IPU meningkat daripada 68 kepada 161 sejak tiga hari lalu, bacaan tertinggi direkodkan di negara ini.
Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata beberapa titik panas dikesan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean di Sumatra, Indonesia telah meningkat daripada 46 kepada 101 pada Sabtu.
Beliau menjelaskan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung yang bermula pada awal Jun.
"Sekiranya titik panas terus meningkat dan arah angin kekal seperti ini, situasi mungkin menjadi lebih teruk," katanya.
Halimah berkata, jerebu merupakan isu trans-sempadan yang memerlukan kerjasama oleh Malaysia, Brunie, Singapura, Thailand dan Indonesia menerusi Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.
"Kesemua menteri dijadualkan akan bertemu di Kuala Lumpur pada Ogos untuk membincangkan pelan tindakan bagi menangani masalah itu," katanya.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin Monsun Barat Daya yang berakhir hingga September dijangka menyebabkan cuaca panas dengan ribut petir sekali sekala pada sebelah petang.
Suhu dijangka meningkat antara 34°C dan 36°C sepanjang tempoh itu dengan beberapa kawasan di bandar menjadi lebih panas kerana kekurangan persekitaran yang hijau.
"Ketika cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihatkan supaya minum lebih banyak air dan mengelak terdedah kepada cahaya matahari," kata jurucakap itu.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menasihati rakyat supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah.
"Kami sedang memantau situasi dan akan mengeluarkan nasihat sewajarnya berdasarkan tahap kualiti udara.
"Buat masa ini, orang ramai, terutama yang mempunyai masalah penafasan perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti luaran," katanya.


untuk langkah berjaga-jaga... ini panduan yang boleh digunakan ketika jerebu... meh baca...


panduan kesihatan untuk Jerebu



tak berapa jelas? boleh terus pergi baca kat SINI ....

p/s tengok berita tu... Port Dickson adalah antara bandar yang dikategorikan dalam IPU melebihi tak sihat tau... jadi adakah mesyuarat kami akan dibatalkan..? hehehe...

bawak spare mask je la ita..... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: