Doa dan petua untuk tambah susu ibu... - Cerita Ita                                                             Doa dan petua untuk tambah susu ibu... Langkau ke kandungan utama

Doa dan petua untuk tambah susu ibu...

salam semua,

singgah sekejap sini untuk buka cerita baru.... sudah tentu secara langsung dari cerita ita....hehe... macam iklan la pulak....

kat sini aku nak tampalkan doa untuk amalan ibu-ibu di luar sana yang masih gigih menyusukan si jantung hati anda sehingga berumur 2 tahun....

aku dapat dari facebook pagi tadi.... dan mari kita kongsikan benda yang baik-baik ni bersama-sama ye...



Cara Amalkan:
1) Mulakan dengan kalimah Basmallah
2) Selawat ke atas Nabi SAW
3) Baca ayat di atas dan hembuskan pada air dan minum.

aku jugak nak kongsi petua untuk banyakkan air susu terutama bagi ibu-ibu baru yang belum pernah menyusukan anak-anak... juga tak lupa untuk ibu-ibu lama yang baru memulakan langkah pertama untuk menyusukan anak-anak....

Petua untuk menambah susu ibu:
1. makan pil yang terdapat di pasaran - kalau tanya aku personally.... aku tak rekemen sangat sebab banyak pil yang ada semuanya berdasarkan pil hormon atau pun pil yang berasaskan herba iaitu "halba".... ala yang selalu orang isi dalam nasi lemak atau nasi-nasi lain untuk menyedapkan masakan tu... kalau ikut pengalaman aku aku tak suka sangat sebab badan akan berbau halba ni... bau kalau best takpe... kalau en suami sampai tak suka tu elok letak jejauh la... anak ni kena rapatkan hubungan suami isteri bukan makin menjauhkan....

2. minum teh berasaskan halba - sama je la macam pendapat kat atas tu.... badan ada bau wooo... tak sedap pulak tu...hahaha... mana nak sedap kalau dah nama dia ubat kan? kalau nak sangat makan halba isi je dalam naik lemak... pastu makan nasi lemak selalu...(badan pun naik selalu... hehe)

3. minum soya - bagus ni.... bukan setakat menambah kandungan air dalam badan... soya pun bagus untuk kesihatan... tapi soya fresh la.... yang dah ada treatment macam dah dikeringkan jadi serbuk atau pengawet tu no komen la... tapi lebih elok minum dari tak minum langsung kan?

4. makan makanan harian - yang ni termasuk la makan makanan macam lobak putih, buah longan, jantung pisang dan berasaskan jagung macam pop corn... aku tak leh komen banyak yang ni pasal kat aku takde hasil sangat...takde beza sangat pun....

5. makan makanan kering - buah longan kering dan kurma merah dimasak dengan gula merah/gula melaka... yang ni aku pernah cuba tapi kalau tanya aku hasilnya ada la sikit tapi buat tak buat pun kesan tak banyak... tapi kalau nak buat pun bagus... hari-hari dapat minum air sedap...best apa....manjakan diri sikit...langan tu bukan murah pun...kedai sensei banyak jual...siap dah paket sekilo-sekilo dah... ada pun jual paket 100gram je...dia tau kot si ibu-ibu ni sibuk cari...

6. minum air masak banyak-banyak - yang ni sangat-sangat berkesan.... aku amalkan ini sekarang... alhamdulillah berjaya tambahkan susu dengan jayanya.... ye la badan sendiri tak cukup air mana pulak nak hasilkan air kat orang lain kan? pastikan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari... susah? tak susah mana pun... memula memang susah tapi bila dah buat ok je... cara nak sukat ambik botol mineral yang 1.5 liter tu buat 2 botol... sehari mesti habis 2 botol... lebih pun takpe... kalau korang tak boleh...displinkan diri... inyaallah boleh punya....

7. makan suplement - macam minum susu atau minum vitamin... pada aku benda-benda camni bukan untuk tambahkan susu tapi lebih pada tambahkan zat pada susu yang kita hasilkan.... kalau kita sibuk beli makanan nak tengok berapa kadar karbohidrat, tenaga, kalsium semua apa salahnya kita pastikan susu yang kita hasilkan mengandungi semua zat yang anak kita perlukan kan? jadi takpe je kalau nak minum cuma pastikan jangan berlebihan... sebab vitamin kalau berlebihan akan menyebabkan vitamin lain yang perlu dibuang begitu sahaja... tak serap pun dalam badan...membazir...

apa lagi ye.....hmmm....

8. satu je lagi... kena rajin pam la..... kalau susu banyak kalau malas pam tak akan jadi banyak pun.... pengalaman aku masa najmi dulu aku selalu pam lebih dari sekarang ni... sekarang ni kalau malam aku langsung tak pam... harap adik hisap je... (tu yang selalu kena kejut adik tu) tapi alhamdulillah susu tetap ada... kat opis pun aku pam cuma 2 kali je yang sempat pun... tapi aku rasa sebab aku mulakan pengumpulan dan sesi pengepaman masa dalam pantang lagi.... masa najmi dulu dan lepas 14 hari baru aku buat... ni masa adik husna aku dah start dari hari ke 3 lagi dah... mungkin cara tu boleh rangsang tubuh kita hasilkan susu lebih banyak rasanya....

9. ada satu lagi yang aku tertinggal... kena amalkan makan kurma...makan banyak-banyak pun takpe...ini memang sangat berkesan buat aku.. alhamdulillah bukan la banyak sangat susu dapat tapi masih boleh kekal kuantiti yang ada.. (aku tambah pada 24/7/2012)

last sekali apa pun yang kita buat mestilah disertai dengan doa dan tawakal....

aku ingat dulu motto masa aku tingkatan 3.... usaha, doa dan tawakkal.... pasti kejayaan tergenggam jua....wah...budak ex 3 fatimah yang "mengelitis macam ikan keli" ingat lagi tak? hahaha...

p/s ni aku nak gi tunaikan tanggungjawab sebagai ibu menyusu jap ni...doakan aku dapat kumpul susu bebanyak untuk adik ye....

Ulasan

  1. tq share info...saya minta izin share ye

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Saya nak share entry dari blog saya, pengalaman saya sendiri setelah berjaya menyusukan si comel saya sehingga 2 tahun (walaupun saya sedang bekerja sambil sambung belajar)

    Sekadar perkongsian

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. TQ for sharing.. nak share doa.. saya suke blog awak..jom tukar2 link.. sy letak link blog awk kat blog list saya..then awk buh link sy kat blog list awk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab suka blog ni.. harap boleh bagi banyak lagi info..

      Padam
  6. sy skrg menyusukan ank tanpa campur susu formula.skrg ank da umur 8 bulan.sy pon nak target bg susu bdn sehingga umur 2 tahun.skrg susu sy semakin kurang.tq 4 sharing this info....

    BalasPadam
  7. Saya skrg dlm dilema coz stok susu makin kurang. Anak pulak makin kuat menyusu. Anak saya baru 4 bulan lebih. Saya nak cuba amalkan tips2 kat atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaa Allah puan boleh... jangan fikirkan susu yang makin kurang..kerapkan pumping dan pastikan buat power pumping di maktu malam..

      semoga rezeki anak puan akan berlebih2 dengan izin Allah...amin..

      Padam
  8. Betul susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk anak.. Yang penting doa& berfikiran Positif..

    kedaishakleeannur.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Ibu-ibu sering lupa untuk berdoa apabila mengalami masalah susu badan, mohonlah padaNya agar dipermudahkan perjalanan penyusuan anda..info yang sangat berguna khasnya buat ibu-ibu muda

    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Salam. Suatu perkongsian yg amat baik. Saya minta izin utk share.

    BalasPadam
  11. Jazakillahu khayran kasira atas perkongsian... :)
    First time tgk doa ini... insyaAllah, bolehlah diamalkan...
    Utk saya pulak, saya selalunya amalkan zikir-zikir asma-ul husma dr saat awal kehamilan... dan alhamdulillah, saya berjaya menyusukan ketiga-tiga anak saya dgn susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun... Susu pun sgt2 meriah... :)
    Kalau nak tahu zikir2 yg saya amalkan, ada saya kongsikan di blog saya... jemputlah singgah ye...

    http://marvix8.wordpress.com/2013/09/25/successful-breastfeeding-2/

    BalasPadam
  12. Lupa lak nak bagitahu... saya juga certified Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor. Jika ada ibu2 yang perlukan bantuan dan sokongan dari segi penyusuan ibu, insyaAllah, saya sedia membantu... :)

    Boleh dapatkan contact info saya kat blog ye... www.marvix8.wordpress.com

    BalasPadam
  13. Info yang menarik. susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Susu yang baik selepas susu ibu adalah susu kambing. Berikan hak anak anda yang patut anda berikan. Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan anak saya setahun 6 bulan. Doakan yang terbaik untuk perjalanan penyusuan saya. Amin

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Good sharing
    Good info

    http://apapayahsangat.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  17. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Tambah Susu

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah sis berjaya susukan anak sis. Setuju dengan point2 sis tu, saya pon kat rmh mmg xpam pon. Kat ofis sy pam 2x. Kat rmh mmg bagi je ke anak bila2 dia nak hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat