Akhirnya pembantu rumah tu kena penjara 20 tahun..setimpal ke? - Cerita Ita                                                             Akhirnya pembantu rumah tu kena penjara 20 tahun..setimpal ke? Langkau ke kandungan utama

Akhirnya pembantu rumah tu kena penjara 20 tahun..setimpal ke?

assalamualaikum semua,

sejak dari minggu lepas cerita pasal pembantu rumah yang lambung bayi berumur 4 bulan tu hangat di mana-mana... sampai hati aku pun hangat je tengok video tu.... tak terbayang anak yang masih kecil dan comel tu dibanting-banting macam tu je dengan pembantu rumah....

selalu kita dengar pembantu rumah nak majikan melayan mereka dengan baik tapi nampaknya kali ni Allah dah tunjuk... diorang yang tak layan anak majikan seperti manusia... huh! aku memang tak caya langsung dengan pembantu rumah... kat taska yang ramai-ramai pun masih ada kes dera...inikan pulak dia duduk sesorang dengan anak kita je kan?

korang baca je la petikan BERNAMA kat bawah ni...


Pembantu Rumah Dera Bayi Dipenjara Sejumlah 20 Tahun

KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

-- BERNAMA


p/s dia takut pasal nak kena hukum kan? kalau tak kena hukum... apa ada hal kan? hish marah betul aku tau... patutnya dera dia kerja dalam penjara tu dan gajinya buat tampung duit perubatan Muhamad Hareez tu... haaa yang tu baru betul!

Ulasan

  1. Kalau ikut akak, dia tak layak hidup pun!!!!

    BalasPadam
  2. nak tambah,, bagi sebat 50 kli,,ehehhe,,

    BalasPadam
  3. ish,,geram tol,,,apakata dia dilambung camtu gak,,,jahat betol sebat 150juta kali ler,,,hairan mana pergi nilai kasih sayang dia walhal dia perempuan,,,,

    BalasPadam
  4. sepatutnye kena tambah sebatan dengan denda..

    BalasPadam
  5. penjenayah macam ni elok jgn bagi muka.. esok lepas 20 thun, keluar buat balik.. tapi 20 tahun tu agak lamalah juga... hurmmmm...

    BalasPadam
  6. perempuan melayu buang anak dlam tong sampah tak dpt hukuman sbegitu rupa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...