tolong...dalam dilema ni... - Cerita Ita                                                             tolong...dalam dilema ni... Langkau ke kandungan utama

tolong...dalam dilema ni...

assalamualaikum semua,

pagi ni aku bangun agak lewat sebab tak lena tidur semalam...budak bertiga tu semua kena selsema...mungkin sebab perubahan cuaca yang mendadak...masa kami balik kampung hari tu, kat kuantan ni tengah musim hujan...tapi bila balik johor pulak kena panas terik pulak...

belum lagi ditambah dengan main sakan kat luar rumah bila balik kampung...

kadang-kadang tengok anak-anak yang membesar di bandar macam anak kami ni... kalau tanya aku..aku akan kata macam takde kehidupan yang sihat langsung...

kenapa aku kata macam tu?

meh baca sama-sama rutin anak aku...

ni abg long punya...

pagi : ke sekolah sampai pukul 12 tengahari..

tengahari : shah ambik dan hantar ke pusat jagaan transit..makan tengahari..mandi dan tidur kat sini..

petang : belajar fardu ain

pukul 5.30 petang kami akan ambik dia..

yang ni pulak rutin abg ngah dan adik husna..

pagi : hantar ke taska.. makan sarapan..susu dan tidur..

tengahari : tidur sampai pukul 2-3 petang.. bergantung dengan budak..kalau tak tidur pun cikgu dia akan biar dia main-main sampai tertidur..kira memang masa untuk tidur la kan?

petang : susu...minum petang dan kadang-kadang tidur lagi...

sama macam abg long..shah akan ambik jam 5.30 petang dan terus ke tempat kerja aku ambik aku pulak...

sampai je kat tempat aku dah dekat pukul 6 petang...sampai rumah kalau tak menyinggah memana dah jam 6.30 petang...
jadi cuma ada masa setengah jam main kat luar rumah sebelum pukul 7... itu pun kalau cuaca elok..kalau hujan? diorang abiskan masa dalam rumah je...

malam : layan-layan makan...buku...mainan lebih kurang pukul 10 dah tidur...

jadi mana la ada masa nak hidup sihat macam aidit marcello dan family kan?....eh tetiba.. ;)

anak-anak korang hidup macam ni jugak ke ye?


itu satu cerita...

yang tajuk kat atas tu aku nak mintak pandangan korang ni...

aku kena gi kota bharu minggu depan selama 4 hari untuk meeting... takde masalah lain la sebab memang aku dan shah sangat faham komitmen kerja...

cuma satu je....korang tau kan adik husna masih aku susukan dengan susu ibu sepenuhnya sehingga ke hari ini dan akan datang...in Shaa Allah... moga dipermudahkan jua segala urusan oleh Allah...amin..

masalahnya sekarang ni penghasilan susu dah makin merundum...mungkin kerana stress kerana aku sorang je pegawai bertugas sejak 3 bulan yang lepas...

bila penghasilan merundum..stok makin merundum...  jadi apa yang aku pam hari ni adalah untuk esok hari...waaaaa...tambah pulak ada masalah lain lagi yang menganggu proses pengumpulan susu ni...

jadi macamana la dengan keadaan macam ni aku nak tinggalkan puteri serundut aku yang comel tu selama 4 hari! buntu ok!

buat masa sekarang ni aku dah bincang dengan shah...

dia pun dah kata..kalau susu tak cukup dia akan cuba bagi susu abg ngah dia..itu saja alternatif yang ada...sekurang-kurangnya cukup untuk 4 hari yang aku takde tu...dia juga kata kalau ada yang dalam peti dia akan guna dulu...bila terdesak baru guna susu formula..

dan aku tau shah dah redha...cukup setahun lebih rezeki yang Allah beri untuk adik husna..kalau dah takde nak buat macamana lagi..cuma aku la yang agak terkilan...

aku memang nekad nak bagi susu ibu sampai adik husna 2 tahun..sanggup aku tolak tawaran ke luar negara...sanggup jugak angkut ke hulu ke hilir family.. ke dah kira obsess ni?

salah aku jugak..selalu skip pam...sila jangan ikut camni ye...

lepas baca post ni jangan ada yang cadangkan makan itu ini untuk banyakkan susu ye...aku tak mau tu...cuma nak pendapat korang sama ada keputusan kami ni betul...

p/s dalam dok menaip post ni aku dok pam...alhamdulillah dapat lebih dari biasa...syukur...semoga Allah permudahkan lagi hendaknya..amin...

Ulasan

  1. salam kak ita... seriously acik tak ada pengalaman lagi dengan anak2 tapi masih bujang,. tapi acik suka budak kecil , anak kak long acik tolong jaga dari dia lahir sampai dia 1 tahun... sebab excited anak buah pertama.. actually sokong bila bagi susu ibu sepenuhnya ..dan lebh sihat jika di bandingkan susu formula ..Yang paling utama, susu ibu memberikan segala yang diperlukan oleh bayi semasa proses tumbesaran .
    Susu ibu membantu bayi melawan sebarang jangkitan semasa bulan2 awal kelahirannya. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi dari penyakit seperti masalah perut meragam, selsema, jangkitan dalam air kencing dan jangkitan telinga.

    Susu ibu juga mengurangkan risiko elergi pada bayi seperti masalah asthma dan eczema. Ia membantu melindungi bayi dari sebarang masalah kesihatan yang serius seperti diabetes dan leukemia di kalangan kanak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq acik..sekurang-kurang ko bagi semangat kat akak lagi untuk teruskan usaha..

      Padam
  2. ita kna think + & sntiasa mohon kpd Allah supaya diperbykkan susu & dipermudahkan sgala ursan smsa outstation nnti.xbleh stress2..nnti susu pon mogok ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha....  MAKSUD POTLOCK sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya

Pengunjung