Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

tiket free... bila nak guna ni?

assalamualaikum semua,

bulan lepas aku sebagai pelanggan Maxis dapat tiket free... ye la mungkin setelah dia tarik duit dari iklan mengarut yang ntah apa-apa tu...

aku dapat iklan mengarut tau... aku belum cerita kan?

iklan dari no 23268... dah la tetiba hantar sms yang cas RM1 satu sms... dah tu sms mengarut lak tu...
boleh sms tu tulis dapatkan video gadis idaman anda dengan melayari.... apa ke halnya aku nak cari gadis idaman pulak kan?

ada sesiapa tau nak buat macamana dengan orang yang mencabul hak asasi orang lain dengan cara ni dan guna mengaut keuntungan sekali ni? selain dari ke Maxis center dan off kan semua service dari nombor tu la...ada sesiapa tau? tolong komen ye..boleh pulak Maxis kata dia takde kena mengena dengan service tu... dah tu siapa yang provide service ni?

tapi aku bukan nak ceritakan pasal kejadian yang memanaskan hati tu la sebenarnya... kes tu dah settle dengan staff kat service center tu hantar sms STOP ALL ke nombor 23268 tu semula...

yang aku nak cerita pasal aku dapat tiket wayang free ni haa....


voucher tiket dari Golden Screen Cinemas 


nak ajak shah tengok wayang la... bila ye? last sekali tengok wayang masa abg long kecik lagi dulu... itu pun tengok cerita Geng Upin Ipin tu haaa... lama bebenor dah....

sekarang ni ada cerita hantu kak limah kan? menarik tu.... leh gelak sesama anak.... hihi...


p/s perut lapar nak kena buat camne ek?

Ulasan

  1. Pakai Postpaid ke Prepaid ek?

    Selalunya memang bukan mereka yang provide iklan macam tue, selalunya 3rd party..

    Dan tanpa kita sedari, kita tersubcribe iklan itu.

    Maka terus menerus terima msj bukan2 dan duit kita ditolak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. postpaid..pelik bro..selalu kalau dpt sms camtu delete terus tp camne leh tersubcribe pulak ye?

      Padam
  2. Once kita buka sms tu, service provider anggap kita subscribe, unless kita reply STOP tu.

    Alamak, GSC, bestnya. Boleh bergonjeng kat EC Mall..

    BalasPadam
  3. bestnya dapat tiket free...tiket flite free takde ke kak? :p

    BalasPadam
  4. aikk baik hati lak maxis ye?? hehehe... ajak la sy! >.<

    BalasPadam
  5. pergi, jgn x pergi ita..rugilah tiket free tu..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus