Keputusan Ujian darah, ECG dan penyebab... - Cerita Ita                                                             Keputusan Ujian darah, ECG dan penyebab... Langkau ke kandungan utama

Keputusan Ujian darah, ECG dan penyebab...

assalamualaikum semua, pagi tadi aku ada janji dengan korang nak cerita pasal keputusan ke klinik semalam kan?

ok...ok...aku nak tunaikan janji ni...

semalam...lepas aku ambik keputusan kat Pantai Premier Pathology tu aku terus ke Klinik Kesihatan Bandar Kuantan... alhamdulillah keputusan untuk ujian TSH (thyroid stimulating horman) dan T4 aku masih dalam lingkungan bacaan normal... ok jadi hati dah lega sikit sebab bukan disebabkan masalah tyhroid pun nampaknya....

jadi kami pun daftar kat KK Bandar Kuantan... tunggu lebih kurang dalam setengah jam camtu dapat la jumpa doktor... pastu doktor tengok keputusan dan kata memang bukan masalah thyroid... jadi dia suruh gi ke bilik 8 untuk check ECG yang tak dapat buat kat Klinik 1 Malaysia kat UTC Kuantan hari tu...

bila aku hantar kad aku kat situ...haaa..ambik ada 6 pesakit tengah tunggu giliran.. jadi aku tunggu sampai dia panggil nama...

lama la jugak... bila dah panggil nama tu aku masuk dan...terus-terus sister kat situ cakap.... "longgarkan baju dalam.."

aku macam....haaaa? tak faham kan nape tetiba je orang suruh ko buat camtu...

rupanya prosedur dia macam tu... dia kena letak punat-punat yang menyambungkan wayar kat sekeliling payudara dalam proses ECG tu...tapi satu aku tak setuju la kan... aku faham ko nak cepat tapi tolonglah respect pesakit... aku bukan pernah pun buat ECG test ni.. tetiba ko cakap camtu depan MA lelaki kat belakang aku kan...cuba la faham... kan kita sama-sama perempuan...dah tu ko mintak aku longgarkan tu bukan di dalam kuib yang terlindung lak tu... pastu masa tengah check pun takde la nak cover badan orang yang terdedah... memang la dalam tu dah lindung langsir dari pandangan luar... tapi saya segan la kak oiii... aku cuba tarik baju aku lindung sikit tapi dia singkap lagi lebar-lebar macam husna nakkan susu... (aku jeling-jeling gak takde ke kain nipis kat sini nak buat alas dada time tu kan....adoi la kak... cuba fikirlah sikit... (aku nak tulis cadangan tapi borang cadangan aku tak nampak hanya nampak kotaknya saja...hihi)

mesti ada orang nak tanya kenapa aku tak sound je dia terus kan? camne nak sound? dia tengah sibuk bergossip dengan rakan sekerja dia pada masa yang sama... siap tunjuk-tunjuk gambar dalam henpon lagi... pastu sebut-sebut nama orang yang diorang tengah umpat tu... sah-sah aku pun terlibat sama nak dengor siapakah gerangan DR. K****L yang diumpat tu kan....hahaha... tak ke bagi dosa kat aku sekali...adoiiii...agak-agak la kan nak bergossip pun...(pssstt diorang tak tau aku blogger..hikhik...)

pastu lepas dapat keputusan aku cecepat blah gi bilik doktor... tak sanggup la nak menghadap muka diorang ni semua...

pastu.. tak lama tu doktor panggil... dia kata ECG juga normal... so masalah jantung pun memang takde... jadinya apa masalah aku kan?

dia kata ada sikit tinggi denyutan jantung tu..(eh terikut ala-ala doktor tu cakap pulak..hihi...)
tapi dia kata biasalah...kadang-kadang kita nervous bila orang nak buat ECG test tu... tapi dia tak tau yang aku still berdebar walau dalam keadaan rehat....

dan pengakhirannya doktor bagi nasihat..."TERUSKAN HIDUP SECARA SIHAT"...sabor je la...

ada kawan-kawan yang suggestkan aku perubatan cara tradisional dan cuba bacakan ayat-ayat tertentu dalam rumah.... terutamanya ayat Ruqyah (penyembuhan)... kot-kot la ada sesuatu yang menumpang kan... nauzubillahiminzalik... tapi inshaa Allah akan ku amalkan... terima kasih kawan-kawan...

juga terima kasih pada yang mendoakan....alhamdulillah memang bukan masalah serius...


p/s pendapat aku ialah "STRESS BOLEH MEMBUNUH!"


Ulasan

  1. ita, aku nak tukar. STRESS BOLEH MEMALUKAN..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hohoho... faiz... untuk kes aku ni...memang sangat BETUL...

      Padam
  2. Hehehehhe...segan kan. Akak dulu buat dalam private wad masa kat spital, tapi teeetap segan walaupun wad ti sengle bed, maknanya akak sorang jer. Oh...x der apa2, oklah tu. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. malu kak.. tapi nak buat camne..darurat dah time tu....alhamdulillah kak..penantian berakhir.. tu yg boleh buat kek bagai tu..hehe..

      Padam
    2. Maksud nye kalau ecg OK jantung kita xd masalah ya

      Padam
    3. ya dan tidak azam... kadang2 ada masalah jantung yang tak nampak hanya dengan sekali check ECG.

      Padam
  3. Slm rozita.. br follow blog awk.. sakit yg mcmmna rozita lalui nih.. nway stress mmg x elok utk kesihatan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak sakit...cuma alami rasa berdebar walaupun masa berehat... dan nafas seakan jadi pendek dan sukar bernafas sampai terbatuk2..ala-ala nak semput..

      Padam
  4. adohaiiii
    eiiii nie yg malas kadang2 tuu
    sib baik pompuan , kalau ada dr lelaki macam mana kan
    tu yg kdg2 akak rasa .. aku buat kerana allah
    utk sihat ..
    x perlah ita
    janji ita ok dan x der apa2 kan .. syukurrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kak.. x kira mana2 pun..swasta ke kerajaan ke.. sama je.. kita ni pesakit..terpaksa redha je la..
      alhamdulillah kak.. kena manage stress je kot..hehe..

      Padam
  5. hilang stress bila tau takde pa pe kan?
    lega...
    syukur alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. x jugak kak..simptom masih ada... tp lega sikit la..syukur alhamdulillah..

      Padam
  6. salam..cuba google pasal anxiety=)mudah2an dapat clue pas baca..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah takde apa.. lepas ni ko kena bykkan minum air kosong, kurangkan lemak dalam makanan dan bersenam.. itulah gaya idup yg doktor maksudkan kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. air kosong mmg amalan.. tp lemak n bersenam tu....oooowwwhhh bila last time aku bersenam?

      Padam
  8. tu la masalah segelintir nurse2 gomen ni kan.. yelah dorang memang rasa biasa sebab biasa buat semua tu kat pesakit & tak rasa malu.. tp kita yg nak tadah benda kita tu kat org tak kenal.. bayangkan berapa inci muka jadi tebal. Siap bergosip sambil buat keja.. kalau jadi apa2 tak di ingini org komplen mula nak melazer org suruh gi swasta. Tu la kan.. sekarang ni ramai blogger tak kira apapun perkhidmatan.. sila hati2. silap buat.. kan dah kena komplen kat blog.

    BalasPadam
  9. salam. Awal Sept. ni sy ada appt. utk ECG. sbb? dlm tempoh 2 mggu sy pitam 3x. dah tu sntiasa rs nk tumbang. Pening loya smpai hari ni dok rs. Sy syak Vertigo tp bila d rujuk ke pakar ENT hosptal Langkawi dia ckp ada byk kemungkinan pening ni. So buat blood test tp xtau result lg. Tp sy xdak mslh drh tinggi@kencing manis.mcm2 ujian fizikal buat. Lastly doc ckp kena buat ECG gak. wlw tarikh tu lmbt lg tp debaran nk hadapi keadaan mcm cik Rozita cerita ni mmg gabra laa.. Rs nti sy kena bwa kain alas sndri. Bdn kita utk suami kita sj..sng2 derang dok wat pameran percuma. huishh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal linda, lambat sangat tu... cuba rujuk mana2 klinik dulu untuk ujian ECG.. klinik yang ada mesin boleh terus buat on the spot.. atau mungkin kat langkawi agak susah ye? saya tak pernah ke sana..hehe.. apa pun semoga Allah lindungi linda agar terus sihat dan jauh dari penyakit yang merbahaya.. amin..

      Padam
  10. Maaf nk tanya, berdebar debar tanpa sebab tu rasa mcm tiba tiba jantung berdegup laju mcm tgh lari lepas tu slow dan nafas mcm x sampai kan? So benda tu jadi berulang kali x lepas yg 1st time kena tu? Maaf tanya ada masalah angin x? Benda tu jadi time perut kosong ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya husaini.. macam tu la antara tanda yang saya kena..jantung berdegup laju dan susah nak bernafas..nafas jadi macam pendek..tangan pulak sentiasa menggigil...masalah angin pada saya tak serius kecuali kalau termakan makanan yang berangin terlalu banyak..tanda berdebar dan menggigil ni sentiasa jadi tak kira perut berisi atau kosong..

      Padam
  11. adakah masih berlaku setelah 2 tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak selepas saya menjumpai terapi stress..

      Padam
    2. Salam kak , apakah terapi stress yg akak jumpa tu ? Share skit ... Thanks

      Padam
    3. Salam..boleh share pasal terapi stress x....sama2 usaha untuk pulih..

      Padam
    4. ada saya kongsikan dalam blog ni..

      http://www.ceritaita.com/2016/06/5-terapi-tekanan-atau-stress-dan-cara-pencegahan-sakit-jantung.html

      Padam
  12. Akak sorry..nak tanya ni....berapa kos untuk tsh test ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk link ni dik... http://rozita-ceritaita.blogspot.my/2013/05/menanti-keputusan.html

      ada dinyatakan harga kat situ tapi ini harga tahun 2013..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat