Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa - Cerita Ita                                                             Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa Langkau ke kandungan utama

Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa




assalamualaikum semua, dari mula puasa aku nak cerita pasal kasut Adeena Limited Edition ni.. tapi sebab aku janji nak cerita sekali dengan kongsikan video di.. jadi asyik la terbantu hajat di hati.. entah kenapa la handphone ni sangat tak berkerjasama di saat aku memerlukan.. sudahnya dah lepas raya ni la baru aku dapat sambung cerita.. harapnya tak terlambat la nak kongsikan dengan korang kenapa Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa..

Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa

dari aritu IJMAL keluarkan kasut baru aku dah mula telek-telek dah.. bukanlah telek dalam mangkuk ajaib tu haa tapi telek dekat IJMAL punya website.. dekat Facebook IJMAL.. memang dah mula la berangan nak sarung ke kaki.. haha.. gitu sekali.. tapi betullah orang cakap kalau nak sesuatu tu kita berangan dulu pun takpe.. lepas berangan tu mana tau tetiba ada rezeki nak sarung betul kan? dan rezeki aku akhirnya dapatlah Adeena Limited Edition tu tersarung cantik di kaki.. alhamdulillah..

Adeena Limited Edition akhirnya memikat jiwa

mesti ada yang akan tanya.. best sangat ke kasut IJMAL ni sampai aku beria-ia kan? kalau tak best takkan la aku dah ada 3 pasang dah termasuk yang terbaru ni.. memang tak dinafikanlah.. sangat selesa ok.. untuk yang jenis tak berapa suka pakai kasut macam aku ni sangatlah sesuainya.. aku biasanya lebih gemar pakai sandal dari kasut sebab selalu rasa tak selesa kalau kena sarung kasut untung jangkamasa yang lama.. tapi alhamdulillah dengan kasut IJMAL ni aku sanggup je pakai lama kalau berjalan.. 
gambar ni aku ambik kat website dia.. kelebihan Adeena Limited Edition..


tambah pulak yang keluaran terbaru si Adeena ni... dia punya inner lebih lembut dari 2 jenis lagi kasut IJMAL yang aku pernah pakai sebelum ni.. lebih lembut dan lebih tebal.. jadi rasa kaki tu sangat selesa la.. pulak tu aku ni jenis yang suka kasut yang tak terlalu feminin.. kena jugak ada ala-ala rock tu.. jiwa rock kan.. haha.. yang sebenarnya sesuai sangat dengan kerja aku.. kerja yang banyak bergerak bila diperlukan dan agak lasak sikit.. bila pakai Adeena ni rasa selesa dan lebih yakin la kiranya..

kalau sesiapa yang rasa dia suka pakai kasut tinggi tapi taknak sarung tumit tinggi tu boleh cuba design terbaru ni.. tapak dia setinggi 1.5 inci tau.. walaupun rata tapi kira memang menambah keyakinan bila bergerak.. dan design dia memang direka untuk berjalan atau berdiri lama sepanjang hari.. kalau bawak beraya tu memang sesuai sangat la.. macam aku ni boleh guna bila ada latihan bedah siasat yang kadangkala ambik masa yang agak lama.. eh mehlah aku kongsikan video ni kat korang.. video aku buat unboxing kasut Adeena ni aritu.. 





bagai yang berminat nak dapatkan kasut terbaru keluaran IJMAL macam Adeena Limited Edition ni boleh buat pembelian melalui website dia tau.. sekarang ni tengah ada sale tau.. cuma RM179 je sepasang.. sandal raya dia yang Daneen Limited Edition tu pun ada sale.. tak sampai RM90 pun sepasang.. nanti korang boleh tengok alamat website dia kat bawah ya.. yang bestnya kalau beli kasut dengan IJMAL ni akan dapat sepasang stokin percuma dan kasut korang tu esklusif dibungkus dalam beg kasut yang cantik setiap satu.. berbaloi sangat la kiranya dengan harga.. dan.. 

sepasang sarung kaki percuma!

pemulangan jika saiz tak sesuai

cara penjagaan

korang boleh jugak buat penukaran kalau saiz yang dibeli tu tak ngam dengan kaki.. dah tau keistimewaannya kan? jadi meh lelaju klik link di bawah ni untuk beli.. aku sertakan sekali facebook dan instagram dia la.. mana la tau kot-kot ada yang teringin nak cuci mata dulu ke..




Website : IJMAL

Facebook : BUTIK IJMAL

Instagram : IJMAL MALAYSIA

Alamat : No. 1149 & 1149-A Jalan Jambu 1, Taman Muhibah Saleng, 
81400 Senai, Johor, Malaysia

Ceritaita


Ulasan

  1. kasut ni nampak selesa nak pulak tapak dia tinggi boleh la berangan jadi tinggi. Sesuai sangat buat pakai pergi office

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum