Donut sedap dan murah di Dofi Donut & Coffee - Cerita Ita                                                             Donut sedap dan murah di Dofi Donut & Coffee Langkau ke kandungan utama

Donut sedap dan murah di Dofi Donut & Coffee

assalamualaikum semua,  kali ni nak kongsikan pasal donut sedap kat Kuantan ni.. banyak betul tempat makan sedap sebenarnya.. tapi asyiklah tak sempat nak kongsikan dalam blog ni.. kadang-kadang nak menulis sampailah dah hilang bahang cerita sebenar.. apakan daya sejak dari awal tahun ni kami diduga bermacam ujian.. yang akhirnya buat aku lebih fokus dengan perkara lain dari hobi aku yang satu ni..

Donut sedap dan murah di Dofi Donut & Coffee

kalau dulu aku pernah cerita pasal donut jugak.. tapi yang tu cerita donut RM2 kat Bukit Sekilau.. jauh sikit dari pusat bandar Kuantan dan ada masa-masa tertentu je pulak.. tapi yang ni kedai yang sentiasa ada stok donutnya mulai dia buka jam 10 pagi sampailah dia tutup jam 10 malam.. itu yang best kan? bebila je nak beli ada je.. kami dah lama dengar pasal kedai donut DOFI ni.. DOFI tu katanya singkatan dari Donut dan Coffee..

kedai ni berada kat lokasi agak strategik la bagi aku.. dekat tengah-tengah pusat bandar Kuantan.. siapa yang biasa dengan Kuantan dan tau Jalan Penjara yang menghala ke Kuantan Parade tu pasti perasan kedai ni kat tepi jalan.. betul-betul setentang dengan kedai assesori telefon murah Brojat.. warna kedai dia agak menyerlah dengan warna ungu.. jelas la nampak dari jauh..

masa aku pergi aritu aku lupa bawak telefon jadinya takde gambar luar dan dalam kedai ya.. teruk betul rasanya.. tapi sebab area ni agak susah nak dapat parking tu yang bila dapat je park macam lupa diri tu.. haha.. dalam kedainya agak cantik dan tersusun.. korang boleh pilih nak makan di kedai jugak.. kalau makan kat situ boleh la ambik pilihan combo sekali dengan air tu.. agak jimat jugak berbanding beli asing-asing..

pilihan donut dia bagi aku banyak la jugak sampai anak-anak jadi rambang mata.. dan donut dia agak besar berbanding dengan satu jenama terkenal yang kami biasa beli sebelum ni.. sekarang kami tak pergi dah.. harga dia dah naik.. kita puasa je la makan donut mahal.. hehe..

Ni antara donut yang jadi pilihan kami hari tu..



harga donut DOFI pulak.. haa ni best nak cerita.. ada 4 pilihan harga yang korang boleh pilih.. kalau korang nak beli satu-satu je.. ada pilihan donut biasa yang salut gula tu RM1 je satu.. yang ada topping atas dia RM2 je.. dan cheese leleh.. RM2.50.. tapi kalau korang ambik yang sekali banyak.. ada 3 pilihan pulak.. korang boleh ambik yang 4 dalam satu kotak atau 6 dalam satu kotak atau 9 biji donut dalam satu kotak.. harga untuk 4 donut ialah RM8, untuk 6 donut RM12 dan 9 donut RM18.. sama je sebenarnya setiap satu tu jatuhnya RM2 jugak.. hehe..

harga air kat sini kira macam standard harga cafe yang jual kopi-kopi tu semua la.. kalau berangan nak makan kat sini elakkan waktu-waktu puncak tu la.. ada je masa yang tak ramai sangat orang.. pandai-pandai la korang aturkan sendiri.. aku pergi waktu dalam pukul 6 macam tu dah lenggang sikit orang.. kerusi meja pun ada je kosong..
excited masing-masing nak makan.. abaikan rumah yang dah jadi rumah persinggahan ni ya..

alhamdulillah masih ada la peluang makan sedap untuk golongan biasa-biasa bila adanya kedai macam ni.. tu yang payah betul nak kurus ek.. hahaha..

Ceritaita


Ulasan

  1. suka donut2 mcm ni, tapi anak2 suka korek hat atas lah pulak hehe. Nt kalau ke kUantan boleh singgah ni

    BalasPadam
  2. Bab donut ni memang fav kakak Dania la..akak suka gak tapi x leh makan banyak la...susah bila dah ada masalah kesihatan ni kan...

    BalasPadam
  3. Memang murahlah kak donut ni. Nampak menarik dna sedap plak

    BalasPadam
  4. Anak-anak Kak Sue suka makan donut tapi yang nie belum pernah cuba..

    BalasPadam
  5. memang payah nak kurus macam ni Ita, hahaha

    BalasPadam
  6. waa kira murah jugak la tu harga donut tu, ok laa hehe nampak pon nice jee. bagusla ada bnyk pilihan dh skrg boleh lepak2 minum coffee dan makan donut. kalau mmg sedap dan murah confirm boleh repeat selalu ye tak hehee.

    BalasPadam
  7. aum sedapnya donut tu. tu kalu makan sambil tengok tv confirm kejap je habis. nampak gebu je donut tu, terliur BBL sambil baca entri sampai habis. Argh terus mengidam nak makan donut jugak nie

    BalasPadam
  8. Anak-anak Mat Drat memang suka donut. Lepas ni kalau ke Kuantan, boleh la singgah ke sini. Nmapak menarik, harga pun berbaloi baloi

    BalasPadam
  9. jauhlah pulak kedainya dengan tempat saya. kt tempat saya semuanya agak mahal harganya. family saya semuanya suka donut. in shaa Allah kalau saya ke sana dah tahu dh kt mana nk cari donut murah. terima kasih share ya :)

    BalasPadam
  10. Aik, memang murah donat ni. Tempat lain sekarang donat semua dah kecil saiznye :(

    BalasPadam
  11. Wow sedapnya Donut heheheehe kita memang suka makan manisan ni nanti boleh beli dan order lah kat sini banyak rasa dan harga boleh tahan hehehehe...

    BalasPadam
  12. Bestnya ada donut sedap dan murah macam Dofi ni! Harga dia yang ada topping and cheese pun murah je RM2.50! Bukan senang nak cari sekarang ni harga murah macam ni. Part diet tu setuju haha

    BalasPadam
  13. Ok lah murah..yang penting sedap. Kalau mahal-mahal pun sama aje rasanya kan. Memang rambang mata kalau ada banyak pilihan. Topping pulak cantik menggoda. Btw, saya kurang sikit kalau manis-manis. Sekali sekala oklah.

    BalasPadam
  14. Wow these donuts looks so delicious wish I could have a bite now feeling so hungry

    BalasPadam
  15. wahhhhh ala2 big apple, dunkin donut ni ea?? ainy dah lah fav donut. murah pulak tu harga dia. nanti nak masuk lam checklist laaa kalau pergi Kuantan. tq share.

    BalasPadam
  16. Tengok donut dia mmg menarik je.. harga pun murah ikut topping.. tapi still affordable. Anak2 liez mmg suka donut even bergula biasa tu..boleh lawan DD dengan big apple la mcm ni.. tgk packaging pun cun

    BalasPadam
  17. Wah nmpak best topping3 dia Lah ita. Ada branch Tak Kat shah Alam ni?

    BalasPadam
  18. Donut ni memang ada kat pahang aje ke? Sebab macam tak pernah nampak pulak kedai donut ni kat KL. Nampak sedap. Kalau ada, nak jugak cuba.

    BalasPadam
  19. Coincidentally I just had donuts and now we are talking about donuts. I would love to give these donuts a try. They look yummy enough

    BalasPadam
  20. Good to know that they serve delicious and affordable donuts that can be enjoyed by everyone. :)

    BalasPadam
  21. Super cheap and nice donut! I enjoy donut very much, I am not fancy for super sweet desserts but I like those that is cheap and delicious one!

    BalasPadam
  22. sedapnya donut. murah pulak tu. sekali hadap mesti habis dengan anak-anak.

    BalasPadam
  23. First time dgr dofi donuts ni. Anak saya suka donut kak.nanti boleh cuba yg ni pulak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...