Catatan terkini

Kisah Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Imej
Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Contents Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari

Kita hanya merancang Allah jualah penentu segalanya..

assalamualaikum semua,  rancangan kami asalnya nak balik kampung minggu ni.. dan dah rancang baik sejak Isnin aritu kami nak balik awal.. aku pun dah siap mohon cuti hari ni.. tapi itulah dah ditakdirkan.. kita hanya merancang tapi Allah jualah penentu segalanya.. dan akhirnya rancangan terpaksa diubah di saat-saat akhir ni.. 

Kita hanya merancang Allah jualah penentu segalanya.. 


asalnya aku ada seminar di Putrajaya hari ni.. jadi aku ambik cuti supaya boleh datang seminar dan shah boleh ambik aku kemudian kat sini bila dah selesai urusan dengan anak-anak.. tapi mana tau lain pulak jadinya.. kami diberi ujian kereta rosak pulak waktu shah dalam perjalanan nak ambik aku tadi.. jadi kena tunggu dia selesaikan semuanya kemudian ambik aku pulak.. 

dan rancangan asal kami nak balik awal terpaksalah ditangguhkan dulu.. tunggu urusan kereta tu selesai baru boleh fikirkan apa tindakan selanjutnya.. 

buat masa ni cuma mampu doa je semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah.. bersangka baik je la kan.. semoga ada hikmah lain Allah tangguhkan perjalanan kami ni.. dan gantikan yang hilang tu dengan rezeki lain pulak nanti.. InsyaAllah.. tengah cuba didik hati ni.. supaya mulut dan hati biar seiring.. 

korang tolong doakan ya.. semoga urusan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke kampung nanti.. terima kasih.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Kak, moga urusan perbaiki kereta lancar dn cepat. Moga selamat smpi ye kak

    BalasPadam
  2. Allah kak ita...juju doakan shah boleh urus kereta rosak tu...ada sebab Allah lengahkan korang balik kg...dia jaga korang. Semoga dipermudahkan urusan ye kak hati2 tau

    BalasPadam
  3. aamiin. in shaa Allah. semoga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
  4. Ada hikmahnya disebaliknya kak Ita. InsyaAllah semoga dipermudahkan semua urusan kak Ita sekeluarga

    BalasPadam
  5. semoga urusan Ita sekeluarga dipermudahkan ya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus