Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Petua untuk rambut lebat, sihat dan hitam berkilat

assalamualaikum semua,  hari ni aku saja nak kongsikan petua untuk rambut lebat,  sihat dan hitam berkilat.. bukan petua apa pun sangat cuma apa yang aku amalkan untuk dapatkan rambut yang sihat dan lebat selama ni.. kalau ikutkan aku ni jenis nasib baik kot dapat rambut jenis lurus sejak lahir.. kalau ikutkan adik beradik tak semua yang rambut jenis lurus ni.. yang lain kebanyakkannya ikal atau kerinting kasar.. 

Petua untuk rambut lebat,  sihat dan hitam berkilat


tapi bukanlah semata harapkan keturunan je pun.. bila masuk je pasal rambut kita kenalah jugak jaga supaya rambut tu sentiasa sihat dan terjaga.. kalau aku pulak memang jenis pentingkan rambut dari yang lain walau aku sarung tudung sentiasa.. jenis tak boleh kalau takde sikat.. siap bekal sikat dalam beg tangan mengalahkan orang lelaki.. haha.. 

memang sejak dari dulu la.. zaman sekolah taklah sangat sebab tengah comot kan.. sekali masuk universiti dah upgrade sikit la.. lebih 10 kali sikat rambut sehari.. haha.. kira macam tahap obses la kan.. siap masa tu kalau terasa la ada rambut gatal yang kerinting halus-halus tu.. sila nyah dari kepala.. punyalah rajin.. sekarang ni dengan tambahan lagi 5 kepala yang lain,  agak terabai la jugak kepala sendiri.. tapi masih la kekal lebat dan mudah diurus sebab amalan sejak dulu agaknya.. 

jadi meh la aku kongsikan apa petua yang aku amalkan.. senang je sebenarnya.. ini lebih kepada petua moden je ni..  aku cuma amalkan guna minyak zaitun je.. ada banyak minyak zaitun kat pasaran sekarang ni.. kalau dulu tak banyak pilihan.. sekarang ni dah siap ada variasi dengan tambahan minyak gamat lagi.. ni bukan minyak zaitun biasa buat masak tu ya.. tapi minyak zaitun untuk rambut..  jangan salah guna pulak.. 

cara dia mudah je.. aku sapukan minyak zaitun ni sekurang-kurangnya dalam setengah jam sebelum cuci rambut dengan syampu.. lagi lama pun ok.. kalau dulu aku biarkan sambil baca buku atau buat kerja-kerja lain.. lepas tu baru cuci rambut dan mandi sekali.. kalau rajin nak letak minyak zaitun tu lepas mandi pun ok.. tapi biasa aku tak buat.. sebabnya rambut aku jenis berminyak dan mudah kelemumur.. kalau tambah minyak lagi banyak. mengumpul sampah kat kepala sebab habuk yang melekat.. sebab tu aku amalkan sapu minyak sebelum syampu supaya rambut tak terlalu kering lepas syampu dan masih lembut dan senang diurus.. 

hasilnya memang berbaloi la.. dalam umur aku dah jejak 40 tahun ni masih belum ada uban yang tumbuh dan masih lebat mudah disikat.. alhamdulillah.. ni petua yang aku amalkan sejak dari umur 19 tahun lagi ya.. kalau korang nak cuba aku alu-alukan la sangat.. modal pun tak banyak mana.. sebotol minyak zaitun tu cuma dalam RM8 ke RM9 je satu.. harap bagi manfaat pada semua.. nanti ada masa aku kongsikan benda lain pulak ya.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Kak Sue rasanya boleh kira pakai minyak rambut nie Ita sebab tu agaknya rambut Kak Sue gugur teruk.. nanti nak cuba juga lah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus