Selasa, 18 Jun 2019

Resepi Ayam Golek Sedap dan Mudah

assalamualaikum semua,  hari ni aku rasa nak kongsikan resepi ayam golek yang aku buat masa bulan puasa baru ni.. sajalah nak tulis kat sini sebab resepi tu aku cari di intermet lepas tu aku olah sikit-sikit bagi ikut sesedap rasa tekak sendiri.. jadi boleh la buat ingatan untuk diri sendiri supaya tak terlupa dan kongsikan jugak untuk kawan-kawan yang suka cuba resepi tu.. mana tau kena dengan selera kan.. 


 Resepi Ayam Golek Sedap dan Mudah


Resepi Ayam Golek Sedap dan Mudah

Bahan-bahan 

1 ekor ayam (aku guna yang lebih 2kg) 
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
(semua di atas ni dikisar) 
2 biji limau kasturi 
3 sudu madu
1 sudu kecil rosemary (ni aku kisar sekali dengan bahan kisar) 
1 sudu lada hitam (kisar jugak) 
1/2 botol sos cili 
1/2 botol sos lada hitam
2 sudu kicap pekat




Cara-cara 

1. Ayam dibersihkan, dipotong (aku tak potong pun) dan dikukus selama 10 minit. 


Basuh bersihkan dan kukus

Kukus ayam selama 10 minit


2. Campurkan semua bahan dan lumurkan pada ayam. 


Lumurkan bahan kisar pada ayam yang dah dikukus

Perap paling kurang satu jam


3. Perap ayam dengan bahan perapan tu selama 1 jam paling kurang. 

4. Sementara tu boleh panaskan oven.

5. Bakar ayam dengan suhu 250 degree selama 30 minit atau sehingga garing kulitnya. Macam aku sebab tak potong-potong ayam tu dan cuma letak dalam tray jadi kena kerap keluarkan untuk toskan air dalam ayam tu supaya ayam lebih garing. 


aku letak macam ni je.. jadi kena rajin keluarkan untuk buang air yang berlebihan supaya garing.


6. Boleh hidangkan dengan nasi atau makan macam tu je.. 

Cadangan untuk sos : Boleh panaskan lebihan bahan perapan atas dapur sehingga agak pekat. (aku tambahkan lada hitam kisar dalam sesudu lagi untuk lebih rasa pedas). 


Aku panaskan lebihan perapan untuk buat sos.


Selamat mencuba ya korang! 

Ceritaita

Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ratah macam tu je pun dah sedap kak. Kenyang pun kenyang kan.

Suria Amanda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sama la akak..sekarang rajin bakar ayam sejak dh ada oven ni...

ray berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alamak sedapnyaaa

Aryan azra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap nampaknya tu, siap resepi lagi boleh cuba kalau datang rajin nanti ehehe

Farah Waheda Wahid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alamakkk apesal sedap sangat nih!

AzlindaAlin Bicara Mummy berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya, nt boleh guna resepi akk

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baru plan nak bakar ayam sekor this weekend, in shaa Allah.
ahad tu ada rumah.
bakar sekor ayam.
buat nasi ayam.
sape2 dtg beraya, rezeki dia lah...

gnesop berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap nampaknya tu
boleh try juga nanti

Mimie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thank you kak share resipi. Nak try lah nanti

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai serious nampak lazat la ita . Boleh try la nanti

Syuhaina Atikah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya ayam bakat tu. Nnti boleh cuba resepi dia kan. Tq share k.ita