Khamis, 13 Jun 2019

Jom kita bukak kotak biru Althea!

assalamualaikum semua,  hari ni nak kongsikan pasal bungkusan cantik dari Korea.. macam biasa la orang perempuan ni pantang kalau dapat peluang berbelanja kan.. lelagi kalau dapat jimatkan duit untuk beberapa bulan pulak tu.. macam tu gak aku.. bila tengok je ada point rewards kat Althea tu laju je la nak pegi redeem apa yang aku nak guna.. 

Jom kita bukak kotak biru Althea!


alhamdulillah kali ni dapat peluang redeem barang yang dah lama berhajat.. sejak kenal Althea ni aku bersyukur banyak-banyak sebab berpeluang kenal dan guna barang-barang penjagaan kulit muka dan barangan solek yang bermutu tinggi dari Korea.. sebabnya barangan dia tak mahal mana pun.. lebih kurang je kalau korang beli kat farmasi tu.. yang ni pulak lagi belian secara online je.. klik-klik.. pilih.. dia hantar.. penghantaran pulak kira cepatlah jugak.. biasa dalam seminggu dua gitu dah boleh dapat.. best kan? 

Jom kita bukak kotak biru Althea!


dan yang lebih best lagi bila dengan setiap pembelian tertentu korang boleh kumpul point yang boleh digunakan untuk pembelian akan datang.. boleh jimat banyak tu.. tambah pulak bila pembelian melebihi sekian-sekian jumlahnya akan layak dapat penghantaran secara percuma dari Korea! haa.. siapa nak bagi tu.. korang kalau beli online memana pun harus bayar penghantaran kalau dari luar negara kan.. macam yang aku beli baru ni lebih RM80 boleh dapat penghantaran percuma.. senyum je la aku.. 

kali ni aku habiskan semua point yang ada sebab risau tak guna macam aritu terus expired.. rugi betul.. korang kena alert tau pasal expiry date untuk point tau kalau tak mesti rugi macam aku nanti.. meh la tengok apa je aku beli untuk kali ni.. macam biasa aku kan suka buat video.. walaupun standard amatur je.. korang layankan je la ya.. meh tengok.. 




dah tengok video tadi kan.. meh la kita fokus satu-satu sambil aku tunjuk harga sekali.. yang bawah ni aku beli Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam.. masuk ni dah 3 tube aku beli tau.. dan aku dah pakai dekat 3 bulan dah.. alhamdulillah sesuai sangat dengan kulit aku yang sensitif,  berminyak dan mudah berjerawat ni.. kadang-kadang ada jugak white head muncul.. tapi sejak pakai ni syukurlah jarang-jarang bermasalah.. harga yang ni cuma RM28 je.. sekarang ni kalau korang tengok kat website dia dah sold out dah.. laris kan?  dulu packing dia lain sikit kaler kuning 2 tone.. ni packing baru ni.. tapi berat masih sama 150 ml aku pun terkejut ingat salah hantar order ke apa.. haha


Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam


barang kedua aku beli pulak yang aku tak pernah guna.. aritu macam nak beli tapi bila kira-kira terlebih bajet jadi aku tahankan dulu la.. aku simpan je hajat tu.. bila ada peluang ni aku rembat la.. apa dia tu?  tentulah Innisfree Jeju Volcanic Scrub Foam.. kira nak cukupkan set termasuk pencuci muka dia kat atas tadi la.. lain kali kita beli toner dia pulak kan.. ginilah cara orang nak merasa pakai set penuh tapi takde modal.. hehe.. harga yang ni pulak RM31 je.. besar tau.. sama dengan pencuci dia.. 150ml jugak.. sebab tu aku guna boleh tahan lama jugak la.. ni pun packing baru jugak ni.. 


Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam


yang ketiga aku beli ni pun sebab dah lama tinjau-tinjau, syukurlah kali ni dapat.. aku beli Petitfee Gold Eye & Spot Patch.. kenapa aku kena beli ni? sebab sejak akhir-akhir ni aku terasa sangat mata aku cepat letih.. dan mula la dah jadi macam mata panda je rupanya.. macam orang tak cukup rehat.. mungkin sebab makin berumur agaknya kan.. semua dah tak macam dulu.. tu yang kena jugaklah back up dengan barang kosmetik yang ada di pasaran.. setakat ni aku tergoda bila dia tulis kat risalah dia tu kita akan dapat hasil macam buat terapi di spa.. jadi haruslah cuba kan?..  nanti dah cuba aku bagitau hasilnya ya.. setakat aku bukak semalam.. bau dia wangi dan nampak sejuk je kalau guna.. hujung minggu la aku cuba.. tunggu aku bukak home spa dulu.. haha.. eh yang ni harga dia RM31 dan dalam tu ada 60 set ya.. jadi boleh pakai 60 kali.. berbaloi kan? 


Petitfee Gold Eye & Spot Patch


dan satu lagi barang yang aku dah lama tengok jugak.. aku nak beli bedak yang sesuai dengan muka berminyak.. pernah la aku survey masa kat Korea dulu.. brand Missha ni bau dia wangi sangat.. tu yang aku pilih yang ni tu.. Sebum Cut Missha powder yang ni ada 2 pilihan kaler.. aku ambik yang paling gelap untuk sesuaikan dengan muka aku.. harga dia RM36 untuk 11 gram.. 


Sebum Cut Missha Powder

Sebum Cut Missha Powder

Sebum Cut Missha Powder


barang terakhir yang ada dalam kotak ni ialah mask..  kali ni aku ambik Rice Bran Collagen Mask pulak.. harga dia cuma RM2 je satu.. best kan?  boleh beli banyak tapi sebab aku taknak overlimit jadi satu je cukuplah.. hehe.. ok itu je pembelian untuk kali ni di Althea Korea.. kalau korang berminat nak order jugak gi kat link laman web kat bawah ya.. untuk sesiapa yang nak dapatkan 20% untuk pembelian pertama korang boleh gunakan link aku ni ya.. Althea 20% off ! Diskaun Althea 20%!


Rice Bran Collagen Mask

Rice Bran Collagen Mask



Website : Althea

Ceritaita 

3 Luahan Ikhlas:

Anum berkata...

wow menarik

AzlindaAlin Bicara Mummy berkata...

kotak kit asama, tapi dalamnya tak sama hehe

Aisya Ismail berkata...

Wahhh box edisi raya.