Rumah Terbuka kami setelah sekian lama Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas. Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad. Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya. Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja, tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se
Dapatkan pautan
Facebook
Twitter
Pinterest
E-mel
Apl Lain
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK
Ariq
Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd
Azhafi berumur 17 tahun, telah
dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa
dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk
berjaya sama seperti orang lain.
Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap
dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata
kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk
memulakan perbualan.
Sewaktu
umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun
proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan
bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu
dalam katagori masalah pertuturan.
Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami
minat dan bakat seni muzik beliau.
Saya
terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya
selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa
dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal,
sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.
Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain
gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil
menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah
muziknya.
Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang
ramai agar lebih yakin pada diri. LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN
Lagu dan lirik "KITA" ini
dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.
"KITA" menceritakan
tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat
pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan
istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang
seorang ayah kepada anak istimewanya.
Akhir
sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :
"
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan
syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada
Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang
tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak
berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk
Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.
Kepada
Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat,
galakan dan kepercayaan anda... juga semua wargaBJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.
Terima
kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit
Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin
Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the
supports in every way.. and i am still in the learning process 😆
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @
Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video
Klip "KITA"
Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!
Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."
assalamualaikum semua, sebenarnya banyak sangat cerita yang dah tertangguh nak tulis.. tapi mari kita ceritakan cerita yang baru je berlaku dalam masa terdekat ni ye.. baru-baru ni aku ada hadiri kongres di sebuah resort yang cantik di tepi pantai.. nama resort tu ialah Tok Aman Bali Beach Resort.. cantik betul hotelnya.. pasal kongres tu nanti aku cerita ye.. banyak info menarik jugak mengenai vet.. masa awal-awal tau dpat peluang hadiri kongres ni aku dah mula nak survey tempat nak tinggal bermalam.. biasanya kalau penjawat awam mesti nak cari yang sesuai dengan kelayakan yang dia dapat kan? makanya aku pun survey dulu hotel kat mana kongres tu diadakan.. bila tengok google map... alamak.. macam jauh je dengan hotel lain.. jadinya aku terus buat keputusan call je la Tok Aman Bali Beach Resort tu sendiri untuk tanya harga bagi semalam di situ.. memula aku tengok dulu website diorang dan aku tengok ada tulis kat situ harga satu malam RM298 untuk bilik Deluxe... dan
Resepi Pau Gebu yang sangat lembut assalamualaikum semua, ni cerita seminggu lepas... aku teringin buat pau sardin... jasi aku cari resepi pau gebu yang sangat lembut.. selalunya kalau beli mesti inti dia tak kick.. kadang-kadang sardin sikit.. jarang-jarang jumpa yang inti sedap dengan penuh rasa sardin...selalunya yang jumpa tu intinya cuma bawang...alahai... pau gebu memula aku cari resepi untuk dohnya dulu... selalu jugak buat pau tapi selalunya bila dah sejuk mesti pau jadi keras dan tak best..kalau kukus balik pun tentu rasa dia dah tak sama macam mula-mula buat... tapi kali ni hasilnya memang sangat cantik... dan semua orang walau malas nak menguli pun patut cuba... aku cuba resepi dari Yatie Memories... tenkiu kak yatie... meh aku share ye... Resepi Pau Gebu sumber : Yatie Memories Bahan-bahan # 1 kg tepung gandum # 1 sudu teh baking powder * 2 1/4 cawan air * 11 gram yis segera (aku guna sepaket mauripan) * 1 sudu besar gula pasir (aku kurangkan jadi 1/2
assalamualaikum semua, semalam ada klik dari pejabat ni bertanyakan resepi apam kukus yang aku pernah tunjuk kat blog sebelum ni.. Resepi Apam Kukus ... dan memang rasa hati macam nak buat dari minggu lepas lagi tapi tak jadi-jadi... dan akhirnya aku pun menepuk tepung selepas berbuka semalam... dan akhirnya jadilah menu apam kukus kampung ni... apam kukus tepung gandum ini apam kukus yang amat mudah tau... takde letak nasi atau bahan-bahan yang melecehkan pun... karang korang tengok apa bahannya... aku jamin la dapur korang pasti ada punya... jom kita tengok resepi dia.... Resepi Apam Kukus Tepung Gandum Tradisional by Cerita Ita Bahan - bahan 1/2 kilo tepung gandum 1/2 paket yis segera mauripan (1 paket 11 gram) 10 sudu besar gula (kali ni aku tambah marjerin dalam satu sudu besar penuh) 2 sudu besar minyak masak Secubit garam Air secukupnya pewarna jika suka 1/2 biji kelapa parut Cara-cara 1. rendam yis dalam air s
Tahniah ariq dah launching single "kita" terbaikk
BalasPadamHendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..
BalasPadam