Fenomena Gerhana Bulan Separa 17 Julai 2019 - Cerita Ita                                                             Fenomena Gerhana Bulan Separa 17 Julai 2019 Langkau ke kandungan utama

Fenomena Gerhana Bulan Separa 17 Julai 2019

assalamualaikum semua, lama dah tak dengar pasal gerhana bulan kan? biasanya kami terlepas jugak nak tengok gerhana bulan ni sebenarnya.. sebab ianya selalu berlaku pada waktu awal pagi atau lewat malam.. masa tu biasanya dah tidur je pun.. itu belum lagi bila cuaca tak berapa mengizinkan untuk tengok.. tapi tahun ni diberi lagi peluang untuk tengok gerhana bulan.. walaupun bukan gerhana bulan penuh tapi masih ok lagi la kalau nak tengok.. aku terbaca tadi pasal fenomena gerhana bulan separa 17 Julai 2019 ni kat laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.. tu yang tau tu..


Fenomena Gerhana Bulan Separa 17 Julai 2019 - photo kredit laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor


mulanya cari info pasal fenomena matahari istiwa ni.. lepas tu ada pulak terbaca pasal fenomena gerhana bulan separa ni lepas tu.. yang menariknya kat laman web rasmi ni ada dikongsikan sekali cara untuk menunaikan solat gerhana.. info yang sangat bagus la ni kan.. sebab bukan semua pun orang ingat cara nak tunaikan solat sunat gerhana ni.. lagipun bukan selalu pun peristiwa gerhana ni jadi pun..



Tarikh : 17 Julai 2019
Fasa awal penumbra                      :           02:43
Fasa awal umbra                             :           04:01
Kemuncak gerhana                       :           05:30
Fasa akhir umbra                             :           06:59
Fasa akhir penumbra                      :           07:17

Ini sedikit info buat sesiapa yang berminat nak saksikan sendiri fenomena gerhana bulan separa 17 Julai 2019 ni.. ada jugak dibuat solat sunat ni di masjid atau surau-surau.. kena tengok info la mana yang ada buat berserta dengan khutbah sekali.. kat bawah ni pulak aku kongsikan cara solat sunat gerhana yang juga dikongsikan oleh Jabatan Mufti Selangor.. semoga bermanfaat ya buat semua..
Info dari Jabatan Mufti Selangor

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...