Perjalanan RichWorks 2021 bantu usahawan bangkit - Cerita Ita                                                             Perjalanan RichWorks 2021 bantu usahawan bangkit Langkau ke kandungan utama

Perjalanan RichWorks 2021 bantu usahawan bangkit

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Assalamualaikum semua. Ramai yang tahun 2021 adalah tahun yang agak sukar bagi semua penduduk di Malaysia. Umum dah tau apa yang berlaku sejak pandemik Covid19 melanda sejak tahun 2020 dan lebih buruk lagi kita dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri dalam negara pada penghujung tahun 2021.

Ianya adalah pengalaman yang sangat menyedihkan bagi semua yang terlibat samaada terlibat dalam kesan pandemik Covid19 atau terlibat di dalam musibah banjir besar 2021. RichWorks juga sedar dan faham kesusahan yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

RichWorks sendiri berhadapan dengan musibah banjir besar. Walaupun begitu, untuk mengalah dan menunduk dengan ujian Allah SWT ini, tak kan sesekali. 

  Perjalanan RichWorks 2021 bantu usahawan bangkit


Selain banjir, pandemik juga turut memberi kesan yang amat mendalam bagi Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayangkan, bagaimana keadaannya bila beliau bersama 31 ahli keluarganya turut dijangkiti COVID-19. Peristiwa ini menyebabkan beliau kehilangan ibu mertua dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Walau ketika itu beliau melalui saat-saat sukar dalam hidup..  Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan sendiri, keajaiban itu adalah peluang kedua yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Peluang itu akan beliau gunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi manfaat kepada bangsa usahawan terutama yang dalam bimbingannya. Beliau mahu menyokong dan membantu rakyat serta negara Malaysia yang berdepan dengan pandemik Covid19 supaya bangkit kembali melalui kepakaran mereka sendiri.


 

Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman

Nekadnya untuk terus bersemangat dalam membantu rakyat telah dibuktikan apabila Dr Azizan telah keluar hospital dan dalam proses pemulihan itu, walaupun belum sembuh sepenuhnya dari jangkitan Covid19 beliau memulakan langkah dengan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Ini adalah satu kejayaan hasil dari perjuangan RichWorks 2021 yang hebat.


Malah salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

RichWorks bantu peniaga wanita

 

YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

 

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,"

 

 

sumbangan kilat untuk bantu mangsa banjir berjumlah RM500,000 daripada RichWorks dan usahawan bimbingan

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.

RichWorks bersama ahli Titanium & Spire juga aktif dalam hal keagamaan di mana turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban tahun lalu. Ibadah ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan. 

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. 

Melalui program seperti ini RichWorks mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 hingga mencapai kejayaan yang membanggakan. semoga dipermudahkan urusan anak-anak didik Dr Azizan Osman melalui RichWorks.


 

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Dalam pada itu RichWorks sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, RichWell, RichWorks business bootcamp, RichWorks academy, zero to million richworks dan pelbagai lagi melalui rangkaian syarikat RichWorks iaitu RichWorks International Sdn. Bhd dan RichWorks International.  

Journey perjalanan RichWorks yang telah berlaku sepanjang tahun 2021, boleh ditonton dengan jelas melalui video di bawah ini.



RichWorks ada di Malaysia ini sudah lama. Sejak 2008 hingga kini RichWorks masih terus berusaha memberi ilmu pada para usahawan. Ilmu yang diberikan juga bukannya tahap biasa-biasa sebaliknya boleh digunapakai untuk berjaya dalam dunia bisnes.

Melihat kesungguhan pihak RichWorks ini, tertanya-tanya juga pada diri sendiri. Apa agaknya sumbangan yang boleh diberikan pada rakyat di negara sendiri. Ternyata, ini semua bukannya satu kerja yang sangat mudah. 

Kejayaan RichWorks sememangnya patut diberikan pujian. Semoga RichWorks terus berjaya dan bersyukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu.


 

RichWorks : Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan

Itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks 2021. Kejayaan sepanjang 2021 telah berjaya dijadikan bukti betapa RichWorks berusaha untuk mempergiatkan lagi pada tahun 2022 ini.

Hajat RichWorks yang mahu terus membantu orang ramai melalui program-program mereka semestinya patut dicontohi. Demi untuk membuka jalan dan meningkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan, RichWorks turut sediakan kelas percuma untuk siapa saja sertai.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Aamiin. 


Ceritaita


Ulasan

  1. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    BalasPadam
  2. Tahniah. Richworks mmg banyak membantu usahawan

    BalasPadam
  3. Semoga Richworks terus sukses dlm membantu para usahawan baru

    BalasPadam
  4. Moga RichWorkd terus berkembang maju dan terus membimbing usahawan untuk terus melangkah lebih jauh.

    BalasPadam
  5. Tahniah RichWorks mmg terbaik usaha membantu usahawan

    BalasPadam
  6. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    BalasPadam
  7. Semoga terus sukses and maju Richworks ni, dan sediakan lebih banyak program usahawan percuma untuk disertai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat