Ayam Masak Lemak Yang Pasti Buat Nasi Bertambah - Cerita Ita                                                             Ayam Masak Lemak Yang Pasti Buat Nasi Bertambah Langkau ke kandungan utama

Ayam Masak Lemak Yang Pasti Buat Nasi Bertambah

Assalamualaikum semua, hari ni walaupun sakit mata rutin harian memasak wajib jugaklah buat. Terkenyit-kenyit mata masa masak ayam masak lemak tadi udah rupa tukang masak viral tu haa..Tu dia tajuk..tapi memang ya tau..pasti menambah nasi kalau makan ni..


Ayam Masak Lemak Striking

ayam masak


Ayam masak lemak ni kalau disebut di mana-mana pun memang antara juadah terkenal orang Malaysia dan masakan Melayu popular khususnya. Dan resepi ayam masak lemak striking ni sebenarnya ada sejarahnya sendiriAda aku ceritakan dulu kat Resepi Ayam Masak Lemak ni dulu. Jadi takyah la ulang sejarah ayam masak lemak ni lagi. Korang gi baca kat entri sana je ya.


Yang pastinya lauk ni adalah lauk yang akan mengimbau sejarah. Terutama buat kami warga asrama puteri (aspuri) Maahad Muar masa tu. Entah ada tak lagi makcik yang masak tu tak ntah.

Banyak pahala makcik tau makcik. Sebab sampai sekarang ni kami masih terasa teringin nak makan lauk ayam masak lemak stail makcik ni lagi. Semoga banyak pahala makcik ya. 


Resepi Ayam Masak Lemak Striking Pasti Tambah Nasi

Oleh Ceritaita

Resepi Ayam masak lemak sedap


Bahan-bahan Ayam Masak Lemak

1 ekor ayam 

1 kotak santan 250ml

2 biji bawang besar (kisar)

3 ulas bawang putih (kisar)

1 inci halia (kisar)

3 sudu kecil Serbuk kunyit

3 sudu kecil garam 

1 sudu kecil ajinomoto

1 batang serai 

1 keping asam keping

3 cawan minyak masak


Cara-cara

1. Sebatikan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

2. Goreng ayam sehingga setengah masak dan ketepikan

3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar dalam minyak goreng ayam tu tadi sehingga naik bau.(Kalau tak suka banyak minyak boleh kurangkan minyak sebelum menumis)

4. Masukkan ayam dalam bahan tumisan tu tadi.

5. Biarkan ayam masak seketika kemudian masukkan santan dan kacau rata.

6. Biar santan mendidih sekejap. Pastikan api kecil je ya. Kita taknak santan tu pecah minyak.

7. Masukkan serai yang diketuk dan asam keping. 

8. Masukan garam dan ajinomoto secukup rasa. Yang aku letak dalam bahan tu anggaran. Kalau tak cukup atau nak kurangkan pun boleh.

9. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


Peringatan awal : 


Kalau biasa korang masak nasi 2 pot beras je selalu. Jika nak masak lauk ayam masak lemak striking pasti tambah nasi ni pastikan korang tambah lagi 2 pot beras ya. Bukan apa..bimbang tak cukup je nanti.. haha..dah ada peringatan ni, jangan salahkan aku kalau nasi tak cukup ya.


Penangan Ayam Masak Lemak Striking

Ayam masak lemak atas nasi


Tadi kan aku masak ayam masak lemak ni aku masak nasi lebih jugak. Tambah pulak nasinya aku lebihkan air sikit, jadi dia macam lembik sikit la. Kena curah kuah ayam masak lemak ni pulak kan..pehhh..mengancam jiwa la. Mengugat iman jugak bagi mereka yang berdiet. 


Ayam Masak Lemak Striking Sesuai Ke Untuk Yang Berdiet?


Eh..siapa yang berani kata tak sesuai tu ya? Meh aku sekehkan kepala sikit. Boleh je kalau nak makan lauk ni tapi nak diet. Siapa kata tak boleh? Tapi korang makan la lebih lauknya dan kurangkan portion nasi tu haa.. kalau makan lauk sedap lepas tu menambah nasi je kerjanya mana nak ada istilah diet kan? Eh kata kat diri sendiri ke tu Ita oii.. haha


Sesiapa yang belum pernah cuba eloklah cuba ya. InsyaAllah takkan kecewa punya. Kalau rasa nak masak pikat hati bakal mentua pun boleh la.


Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum