Selamat Hari Kidal Sedunia! - Cerita Ita                                                             Selamat Hari Kidal Sedunia! Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Kidal Sedunia!

Assalamualaikum semua, hari ni rupanya hari istimewa buat semua pengguna tangan kiri atau orang Malaysia panggil Kidal kerana hari ni adalah hari sambutan buat semua pengguna tangan kiri di seluruh dunia. Kira hari ni adalah International Lefthanders Day. 


Hari Kidal Sedunia

13 ogos hari kidal sedunia


Sebelum ni aku tak berapa ambik kisah pasal hari kidal ni pasal aku bukan seorang kidal pun. Tapi disebabkan ada seorang anak kami yang memang dilahirkan seorang kidal jadi aku teruslah jadi nak ambik tahu jugak. Itu pun aku cuma tau pasal kewujudan sambutan hari kidal sedunia ni 3 tahun yang lepas rasanya. Kesian betul 😅

Sambutan Hari Kidal Sedunia atau International Lefhanders Day

Setiap tahun telah ditetapkan tarikh 13 Ogos sebagai hari sambutan untuk Hari Kidal Sedunia. Kalau sesiapa yang belum tau macam aku sebenarnya sambutan hari kidal sedunia ni dimulakan pada tahun 1976 lagi oleh persatuan tangan kidal pada masa itu. Dan ianya diteruskan sehinggalah ke hari ini.


Kenapa Hari Kidal Sedunia disambut?


Apa yang istimewanya sehinggakan hari kidal ni nak disambut secara besar-besaran kan? Apa yang menarik sangat pasal tangan kidal ni?

Sebenarnya dari fakta, hanya 10 peratus dari populasi penduduk dunia ni yang merupakan pengguna tangan kiri atau kidal. Jadi ini menjadikan mereka adalah golongan minoriti dalam masyarakat yang majoritinya ialah pengguna tangan kanan. 

Jadi hari ini disambut untuk menyedarkan masyarakat yang kebanyakannya ialah pengguna tangan kanan yang mendominasikan kehidupan di dunia ni supaya menyedari ada golongan lain yang perlu bersaing dengan penuh cabaran kerana mereka adalah pengguna tangan kiri. Jadi ianya hanya untuk kesedaran tentang kewujudan kumpulan minoriti ini.


Siapa yang kidal dalam keluarga kami?

sejarah hari kidal sedunia
Abg Ngah 


Abg Ngah anak kedua kami yang kidal dalam keluarga kami. Abg Chik pun kidal tapi kadang-kadang boleh menulis dengan tangan kanan. Jadi kami sebenarnya ada dua orang anak yang tergolong dalam populasi 10 peratus dalam dunia. 

anak kidal
Budak ni dia special boleh guna dua-dua


Susah ke ada anak kidal?


Pada kami tak susah mana pun.. mula-mula tu macam susah la sebab kita kanan nak ajar orang kiri. Terutama bila nak ajar menulis. Tapi bila dah tau caranya tak la jadi masalah sangat sebenarnya. Cuma kena kesabaran yang tinggi la pada awal-awal tu je.

Walaupun mereka yang kidal ni nampak berbeza. Rasanya tak salah jika kita biasakan mereka dengan kehidupan biasa dan biasakan juga apa yang mereka selesa. Sekarang ni pun dah banyak kemudahan untuk orang kidal disediakan. Harapnya ianya boleh bantu mereka menyesuaikan diri lebih baik dengan persekitaran. 


 Ceritaita

Ulasan

  1. serba sedikit ada gak bezanya kan. aku anak berana semua x kidal .. adik aku ada la yg kidal

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum