kesian pencinta nasi lemak... - Cerita Ita                                                             kesian pencinta nasi lemak... Langkau ke kandungan utama

kesian pencinta nasi lemak...

salam semua,

semalam aku ada baca paper online... ada 15 jenis makanan yang diharamkan di kantin sekolah... jatuh haram tu... BAHAYA...

tapi kalau fikir-fikir la kan... boleh berjaya ke kempen ni? mesti ada orang cakap belum buat orang dah kata itu ini... mana nak berjaya... bukan la maksud aku nak kondem kempen seumpama ini...

tapi pada aku banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti kat budak-budak sekolah ni... bukan hanya makanan kerana makanan adalah salah satu faktor je.. yang lelain tu lagi banyak....

ada kajian aku penah baca dulu... banyak tengok tv pun boleh mengakibatkan obesiti...

banyak lagi sebabnya... ni apa yang aku dapat dari pembacaan...

GENETIK

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK

Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan); ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan (pemberhentian atau pusat kenyang).

Daripqada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

POLA MAKAN BERLEBIHAN

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan.

KURANG GERAK SUKAN

Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:

1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;
2) angka metabolisme basal atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut.

Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal.

PENGARUH EMOSIONAL

Sebuah pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang yang gemuk dahaga akan cinta kasih, seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu, atau kelebihan makan adalah sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang kelebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meski banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.

Hal ini demikian kerana dalam suatu masyarakat seringkali tubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukarannya mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubungan dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan ketegang atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat tertekan; orang dengan berat badan yang normal makan dalam situasi yang kurang tertekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang berkurangan, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan berkurangan, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

PERSEKITARAN

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah sejauh tubuh anda tidak mengidap apa-apa penyakit maka tidak ada yang salah dengan tubuh yang besar (gemuk). Perkara lain yang juga tidak kalah penting adalah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga agar emosi anda tetap terkawal.

sumber : Yayasan Dakwah Islamiah

kalau dulu-dulu aku percaya ramai ibu-ibu yang membesarkan anak mereka dengan menjual/menjaja nasi lemak dan tentulah bekalan ini yang mereka bawa ke sekolah hari-hari kan? tapi kenapa dulu isu obesiti di kalangan kanak-kanak ni tak macam sekarang ni?

apa pun yang berlaku aku kesian dengan orang jual nasi lemak dan pencinta nasi lemak kat kantin sekolah... cuma boleh jual 2 kali je seminggu... kesian kan?

Ulasan

  1. ishhh tulah .. akak pun dah dlm minggu nie 2x anak2 belikan mereka nasi lemak .. sbb mereka suke .. nasi lemak tu rm1 je .. tapi sedap dan sambal x pedas ..

    huhuh biasa2 tuu seminggu sekali je akak bagi anak2 makan .. kalau ari minggu akak masak sendiri ..
    waa ada logiknya .. kesian jugak tuu .. huhuhu

    BalasPadam
  2. orang sekarang ni,byk makan tp kurang bersenam....itu jer
    Jom Baca Kuatnya pengaruh kawan

    BalasPadam
  3. kak ieda:
    sy lama dah tak makan nasi lemak... dulu leh buat bola getah pun getah yang buat bungkus nasi hari2 tu...huhu..

    BalasPadam
  4. ila:
    amat tepat.... cam saya...hahaha... dah tau pun tapi malas camne?

    BalasPadam
  5. hehe..bkn salah nasi lemak semata..tp apa yg dorg mungkin salah satu cara utk mengelakkan kot..aku pun biasanya sminggu skali je mkn nasi lemak..hehe..

    BalasPadam
  6. mkn nasi lemak mana leh hari2
    tpjgn lah sampai di haram kan..hehe

    BalasPadam
  7. hahhaha pada aku leh je nk makn selalu, hari2..tapi make sure kalori yg masuk =/> dari yg digunakan hehhe

    nasi lemak tak salah, tapi attitude manusia yg malas nk bersenam & jogging tu yg salah :D

    tengok tv sesambil makan sampi melebihi had yg diperlukan mmg bole jd gemuk hahhah

    ps;org komen, aku pun nk komen, org komen baik, aku plak mengarut hahhaha

    BalasPadam
  8. mas:
    aku lagi jarang sebulan sekali pun payah kecuali kalau yang mak aku masak..

    BalasPadam
  9. LM:
    org kat m'sia ni semua boleh.. kedai jual nasi lemak sampai 2-3 pagi pun bersepah... yg 24 jam pun ada...

    pilihan di tangan pengguna.. apa nak buat..

    BalasPadam
  10. faiz:
    apa lak mengarut... ko cakap yg betul...

    bape kerat org kita nak bersenam...?

    aku senam robik kat rumah pun anak aku dah pandang semacam je...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat