Logo KBBA

Khamis, 23 Mac 2017

Adik hadi dan sakit telinga lagi

assalamualaikum semua,

aku belum sempat cerita lagi hasil temujanji adik hadi kat HTAA baru ni.. semua kisah pasal anak-anak kalau boleh nak aku tuliskan dalam blog ni supaya jadi kenangan buat kami satu hari nanti.. banyak sebenarnya rentetan sakit telinga adik hadi dan rawatan yang diberikan doktor.. semuanya ada tertulis di TELINGA 1, TELINGA 2, TELINGA 3, TELINGA 4 dan TELINGA 5.

budak yang sakit telinga sekian kalinya


pada hari selasa lepas aku ada bawak adik hadi untuk temujanji rutin dia ke Klinik Pakar Telinga, Mulut dan Tekak atau lebih dikenali sebagai ORL kalau di HTAA ni.. macam biasa la seawal jam 8 pagi kami dah tercegat kat Klinik Pakar ORL ni lagi.. sebelum tu lagi sebenarnya kami dah sampai di hospital dan terus tuju ke kantin.. cari dulu makanan dan apa yang patut buat bekalan sementara tunggu giliran nanti di klinik..

bawak kakak husna jugak kali ni ikut ke temujanji, dah alang-alang nanti nak hantar dia sekali dengan adik hadi ke rumah ibu pengasuh diorang ni.. suka je budak-budak ni bila dibawak berjalan.. padahal bukan pegi mana pun.. cuma melawat ke hospital je pun.. bukan tempat best sangat pun.. tempat orang sakit je..

kakak pun ikut sekali..


tapi dia punya suka sampai terlompat-lompat sana sini.. puas pulak nak mengawal supaya tak ganggu orang lain.. tapi kebanyakan masa memang diorang duduk diam je la.. cuma bila dah terlalu lama tak nafikan la kanak-kanak memang cepat akan rasa jemu dan bosan menunggu.. sebab orang tua pun sama.. hahaha..

tapi semalam penantian kami nampaknya mendatangkan hasil yang agak baik.. berdasarkan pemeriksaan doktor, nampaknya telinga adik hadi dah mula mengering dan dah takde lagi cecair keluar dari telinga dia.. alhamdullilah.. cuma gegendang telinga adik hadi masih lagi bocor dan perlukan masa untuk pulih.. buat sementara ni doktor tak bagi ubat dan masih bagi dia pulik dengan sendirinya.. 

harapnya dapatlah pulih dengan cepat dan takde apa komplikasi lain yang berjangkit.. dan temujanji adik hadi ditetapkan untuk lagi 2 bulan.. semoga takde lagi jangkitan dan lelehan nanah lagi keluar dari telinga adik selepas ni.. 

tapi satu je nak bagitau.. tadi elok kat hospital diorang bersukaria kan? tapi tetiba je bila hantar ke rumah ibu pengasuh dengan kakak husna sekali nangis.. huwaaa.. apakah....




Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

singgah khamis

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Risau jugak ye Ta kalau anak sakit ni. Tapi kalau doktor bagi tahu dah semakin mengering legalah jugak mendengarnya