Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 6 September 2013

bezanya cuma 12 sen?

assalamualaikum semua,

Intan dan berlian nampak indah di mata,Begitu juga dengan batu permata,Ini luahan rasa semata-mata,Tiada niat menyinggung sesiapa.
sila baca pantun budak baru belajar di atas..fahaminya... sebelum meneruskan pembacaan anda...


SYUKUR

sihat semua hari ni? tentu ramai yang senang bersenang hati sebab esok cuti kan? aku juga rasa macam tu tapi shah tetap kena kerja esok dan lusa...walaupun minyak baru naik 20 sen tapi memang dah rutin sebelum ni lagi pun shah cuma ada masa 2 kali sebulan hujung minggunya bersama kami... 2 kali lagi dia terpaksa bekerja mencari rezeki...

alhamdulillah kami bersyukur dengan rezeki yang kami dapat walaupun tak semewah mana... syukur kami masih ada rumah untuk berteduh dan beramal ibadah...

syukur jugak kami masih mempunyai kenderaan yang selesa untuk kami pergi kerja dan balik sekali sekala menjenguk ibu bapa...

syukur jugak kami masih dikurniakan badan yang sihat sehingga ke hari ini... alhamdulillah... syukur...


KENAIKAN MINYAK PETROL RON95

sejak dari hari Isnin, 2hb September 2013 semua orang heboh memperkatakan tentang minyak naik harga.. atau lebih tepatnya subsidi minyak ditarikbalik sebanyak 20 sen bagi petrol RON95 dan diesel.

aku taknak ulas panjang-panjang pasal hal ni... ramai pun yang dah jadi pakar ekonomi tak berelaun dua tiga hari ni...

aku cuma nak kongsikan apa yang aku rasa je... kesannya amat terasa...


JIMAT CERMAT

beratnya nak menyebut perkataan ni sebab memang kami terpaksa buat... mudahnya menyebut bagi ornag yang tak merasai susah senang orang lain...

aku memang berasal dari keluarga yang susah.. walaupun bukan lagi kategori miskin... kami cukup diajar supaya bersusah untuk hidup sejak kecil... cuba la baca kisahku di SINI.. masih belum ada kekuatan lagi nak menyambung cerita kami...

hidup dalam bandar yang tak berapa besar dan tak berapa kecik sangat menguji kami... tapi kami masih bersyukur Ya Allah.. ada punya anak-anak yang comel buat pengubat duka kami dan penguat semangat kami untuk terus mencari rezekiMu yang halal di muka bumi ini...

di Kuantan ini kos hidup lebih kurang sama dengan di bandar-bandar besar seperti di JB atau KL walaupun pada hakikatnya kos sara hidup kami terletak di kategori kelas B iaitu kurang RM50 dari kos sara hidup di kelas A.

tapi pada hakikatnya harga barang di Kuantan lebih tinggi harganya jika dibandingkan dengan bandar besar... begitu juga barang keperluan yang lain.. cuma kami masih bersyukur yang rumah masih belum tinggi harganya untuk disewa.. sekitar RM500 ke RM1200 di kawasan bandar.. juga kami kurang berhadapan dengan kesesakan seperti di bandar besar yang lain.

berjimat-cermatlah ...mudahnya mulut mengeluarkan kata-kata...


BEKAL

kami sudah mengamalkan membawa bekal di tempat kerja... sejak dari mula berkahwin... kerana kami duduk berasingan.. perlu belanja lebih dari orang lain untuk berulang alik berjumpa yang tersayang di hujung minggu...

bila kami dapat duduk bersama pun kami masih mengamalkannya... cuma kadangkala bila si isteri yang memasak bekalan ini terlalu letih dan tidak dapat lagi hendak memberi masa yang betul antara kerjaya...anak...suami dan rumahtangga terpaksa kami korbankan duit bagi membeli makanan yang terhidang di gerai... yang pastinya harga akan berlipat kali ganda....

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


FAST FOOD

percaya atau tidak bahawa kami hanya akan mampu untuk makan makanan segera di restoran makanan segera tidak lebih dari 2 kali sebulan... itu pun kami beli untuk dibungkus dan dimakan di rumah.. pesanan dibuat melalui kereta "drive thru" kerana nak mengelakkan anak-anak meminta lebih dari kemampuan kami...

itu pun selepas anak-anak merengek selepas ternampak iklan di tv...

dan percaya atau tidak hanya 2 restoran makanan segera yang mampu kami pergi.. iaitu Mc Donald dan KFC... itu pun di waktu -waktu tertentu sahaja yang tentunya memberi potongan harga...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


BALIK KAMPUNG

aku masih punya kedua orang tua yang tidak berapa bagus kesihatannya sekarang ini... tinggal nun jauh di Kluang, Johor pada waktu ini... dan shah masih ada seorang mak yang tinggal di Pekan, Pahang....

kami menetapkan yang kami mesti sering menziarahi orang tua kami selagi ada hayat di kandung badan... dan persetujuan diambil kami akan pulang ke johor sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan... dan ke pekan bila-bila ada keperluan... dan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu...

untuk balik kampung di johor yang jauhnya kira-kira lebih 300km dengan jalan yang berliku... kami memerlukan 2 tangki penuh minyak bagi perjalanan pergi dan balik... kira-kira RM180 untuk pergi dan balik..

untuk kampung di pekan yang jaraknya lebih kurang 50 km kami perlu mengisi penuh 1 tangki minyak untuk perjalanan pergi dan balik... kosnya lebih kurang RM60 pergi dan balik...

kirakan saja perbelanjaan kami untuk menjenguk orang tua kami dan hanya untuk melihat wajah mereka kerana tiada kemudahan 3G di kampung kami untuk membuat video call...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


BIL

kami hanya menggunakan talian telefon yang paling murah berada di pasaran dengan berbagai promosi untuk menjimatkan perbelanjaan kami.. untuk internet..syukur ada kemudahan bagi penjawat awam...RM50 sebulan...

kami jimatkan belanja dengan memotong talian Astro yang kami pakai sejak 3 tahun lepas pada awal tahun 2012... kami berjimat dengan menggunakan hanya ariel di dalam rumah... dan akhirnya kami terpaksa akur menggunakan perkhidmatan Njoi apabila tv kami sudah tidak dapat dilihat dengan jelas lagi...

kami juga tidak menggunakan sebarang penghawa dingin di rumah walaupun kami berdekatan dengan laut dan mengalami kepanasan yang lebih dari kawasan lain semata-mata kerana hendak menjimatkan elektrik...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


KEMUDAHAN

kami masih menggunakan tv besar gedabak di rumah kami yang sudah berusia lebih 9 tahun di saat semua orang sudah bertukar kepada skrin HD..LED... dan PLASMA ...

kami masih menggunakan kereta proton wira keluaran malaysia yang hanya akan habis bayaran hutangnya inshaAllah tahun hadapan di saat semua orang berlumba membeli kereta baru dan kereta import...

kami masih menggunakan motor untuk berulang alik ke tempat kerja bagi penjimatan kami sekeluarga...
kadangkala kami angkut anak-anak bertiga naik satu motor bersama kami.. sila jangan bayangkan keadaannya.. memang sangat merbahaya... tapi apalah pilihan yang kami ada?

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


BARANG PROMOSI DAN PASARAYA

kami hanya membeli jika terdapat promosi di mana-mana bagi keperluan anak-anak terutamanya susu dan lampin pakai buang... jika tidak pun hanya membeli di mana tempat yang lebih murah... hampir kesemua pasaraya di Kuantan kami jelajah hanya untuk mencari barang yang lebih murah harganya...

percaya atau tidak sudah berbulan kami tidak ke pasaraya besar kecuali Giant yang parkingnya tidak perlu berbayar dan berdekatan dengan tempat kerja kami..

adakalanya kami membeli keperluan anak-anak yang sebenarnya hanya susu murah di pasaran iaitu Dutch Lady dari Kluang kerana di sana lebih murah harganya...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


KERJA SAMPINGAN

kami juga membuat kerja sampingan untuk mendapatkan rezeki yang lebih termasuk menjual barang-barang... menjual kerepek... menjual kek dan makanan...

semata-mata untuk mencari pendapatan sampingan...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?



BEZA RON 92, RON 95 DAN RON 97


DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.
Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.
Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.
Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.
Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.
Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?
Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).
Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_02.htm#ixzz2e6VrPDKu 
Hakcipta terpelihara 


jadi setelah melihat perbezaan minyak ini... wajarkah perbezaannya hanya 12 sen?

kerajaan membelanjakan subsidi minyak bagi RON95 sebanyak RM0.63...
dan harga sebenar RON95 adalah RM2.73...

tetapi harga RON97 selepas dinaikkan baru-baru ini hanya RM2.85....yang mana tiada subsidi kerajaan bagi minyak ini...

adakah benar beza harga kedua-dua RON ini hanya 12 sen?

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?



jadi bagi pemimpin yang budiman.... tolonglah selami hati kami rakyat yang cukup sudah berjimat terutamanya golongan "miskin bandar" ni .... nak kata senang tak senang... nak kata susah tak susah... cukai tetap kena bayar... bantuan tidak layak diterima... bantulah kami dengan cara yang lain.... yang tidak menekan kami...

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. 


Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.


Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. 


Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. 


Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).



cuba baca artikel penuh yang ditulis di SINI... semoga  dapat membuka hati semua berfikir secara budiman...


p/s awan berarak mendung di kuantan... umpama nak hujan... bisakah mereka mendengar rintihan hujan di hatiku kala ini....?


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Yani Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kerana 20sen, tak tau nak jimat kat mana lagi...

Yani Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kerana 20sen, tak tau nak jimat kat mana lagi...