Resepi Agar-agar susu lapis milo

10:58:00 PG

assalamualaikum semua,

nak bagi resepi yang dijanjikan ok... memula yang senang dulu la ye...



Agar-agar susu lapis milo



Agar-agar susu lapis milo

resepi oleh Cerita Ita

Bahan-bahan
10 gram agar-agar (aku suka guna yang panjang2)
4 cawan air
4 sudu besar gula
2 cawan susu cair
4 sudu besar milo
1/2 cawan air panas



Agar-agar susu lapis milo







Cara-caranya
1. Masak agar-agar dan air di atas api sederhana sampai agar-agar cair.
2. Masukkan gula dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati dan matikan api bila mula mendidih.
4. Dalam cawan air panas, masukkan milo dan kacau rata.
5. Buat dua bahagian dari agar-agar yang dimasak tadi. Satu bahagian dimasukkan milo yang telah dicairkan tadi. Elok diletakkan ke dalam periuk supaya boleh dicairkan semula apabila agar-agar mula membeku.
6. Letak bekas dalam loyang yang berisi air (untuk mempercepatkan agar-agar beku).
7. Tuang bahagian susu (putih) ke dalam bekas. Bila dah agak-agak keras di permukaan boleh dicurahkan bahagian milo pula. Cara ini diulang untuk mendapat lapisan susu dan milo.
8. Agar-agar akan sedikit lembut. Simpan dalam peti untuk hasil agar-agar beku yang lebih sempurna.

tips : ada orang yang buat cakarkan sikit atas setiap lapisan untuk membolehkan lapisan tu melekat antara satu sama lain, boleh juga tak buat tapi agar-agar akan jadi macam kuih lapis nanti. boleh ditanggal satu persatu lapisan dia.

selamat mencuba ok!




p/s tengah siapkan isi untuk sesi ceramah esok... hmmm... blur.. walaupun benda sama hadap hari-hari..

You Might Also Like

20 Luahan Ikhlas

  1. aduhai sedapnya tengok
    nak cuba resipi ni nnt,hihi
    maceh sbb share resipi agar-agar ni

    -Peminat Agar2 ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih singgah sini juga .. cuba la..senang je tu..

      Padam
    2. punya mantapppppppppppp

      Padam
  2. sedapnya kalau dapat makan agar2 macam tu masa panas2 nih..hehe. tq for the resepi.nati nak cuba =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba jue..jgn x cuba.. kat rumah ni pun berebut2 anak2.. hehe..

      Padam
  3. kak biasa buat 2 layer je..kalau berlapis gini, best gak ek

    BalasPadam
  4. Mesti cuba ni. Anak-anak saya memang suka milo. Terima kasih berkongsi resepi ni ya puan.

    Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!

    BalasPadam
  5. Wau..msti buat nie

    BalasPadam
  6. nak cuba lah.........ank saya suka minum milo........

    BalasPadam
  7. Nak share..tq byk

    BalasPadam
  8. buat lapisan mcm ni..cantik jugak..anak2 mesti seronok nk mkn kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah..budak2 biasanya memang suka milo..

      Padam
    2. kak ita kalau saya guna susu pekat sebagai ganti
      susu cair boleh ke?

      Padam
    3. akak dah jawab kat bawah tu dik.. boleh tapi kurangkan sukatan gula la.. susu pekat dah manis..

      Padam
  9. kak ita kalau saya gunakan susu pekat boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je dik.. tapi kena kurangkan sukatan gula sebab susu pekat tu dah manis dah..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini