Bdaman? Argggghhh...menyampah betul la! - Cerita Ita                                                             Bdaman? Argggghhh...menyampah betul la! Langkau ke kandungan utama

Bdaman? Argggghhh...menyampah betul la!

assalamualaikum semua,

hari ni hari cuti... yeah masa bersama keluarga akhirnya tiba.... tapi kenapa aku kat depan laptop pulak ni...?

hahaha... ini pun komitmen untuk keluarga apa...menambahkan pendapatan walaupun nuffnang seakan merajuk dengan blog Cerita Ita ni... ciput benor la iklan yang dapat sekarang ni... nak naik ke angka 20 sen pun payah... aduhai...

tapi takpe aku bernuffnang sekadar sambilan.. (ye ke....?) yang penting nak tulis cerita kat blog pasal family untuk kenang-kenangan.... mana tau satu masa nanti abg long dah pandai berblog dan nak ber"blogwalking" ke blog ummi dia ke ni kan... mana tau...

dialog budak sekolah akan datang :

budak 1 : eh mak ko ada blog eh?

budak 2 : mestilah... tak moden la kalau takde blog...

budak 1 : wah... meh la bagi link blog... mana tau mak aku follower dia ke selama ni... ;)


itu andaian aku je la kan....mana tau jadik betul-betul kang....

tapi aku bukan nak cerita pasal blog ni la....nak cerita pasal tajuk kat atas tu haaa.... melalut lagi...

biasalah....nak bagi korang stay lama kat pageview ni kan....hehe.... sebab ada orang kata untuk jadikan post tu berharga bagi orang duduk situ sekurang-kurangnya 3 saat....orang kata la....bukan aku kata.... jadi sekarang dah lebih 3 saat? ok dah lebih.... jom sambung ke tajuk sebenar...

kenapa tajuk aku tetiba je pasal Bdaman ni?

ini Ben Ashaari punya pasal la tulis tajuk ni semalam... dah aku nak kena cerita jugak... padahal aku ni banyak cerita lain nak cerita lagi.... ecece...banyak la konon....nak update satu cite sehari pun nazak ita oiiii...


memula kita kena kenal apa Bdaman ni?

memula kena tengok gambar...


B-Daman gambar aku pinjam google 





lepas tu penerangan... dalam bahasa omputih boleh la yer....itupun payah nak cari...

B-Daman


B-Daman (ビーダマン Bīdaman?) is a marble shooting toy produced in Japan by Takara.
The blaster's design is a humanoid figure at the centre, from which a specially made marble, is launched (not just any marbles can be used). Different attachments are used to change a B-Daman's accuracy, power, balance, control, and rapid fire. They are customizable and each have a special gimmick.
In the English language Battle B-Daman toys, the marbles are referred to as "B-Daballs". In all cases they are simply called "marbles" (Japaneseビー玉biidama, hence the name "B-Daman") in Japan.
(Sumber dari Wikipedia)

dengan kata lainnya benda alah ni berpunca dari kartun Bdaman yang berleluasa di TV tu haaa (sila pantau anak anda dari dijangkiti virus Bdaman ni)... lepas tu bila kartun dah popular pandai la diorang keluarkan permainan pulak...(adoiii... yang ni mak bapak memang tak leh tahan ok)... sama la dengan kartun Bakugan dan entah apa lagi yang seangkatan dengannya ni....

lepas tu layan gambar lagi....




 pistol B-Daman gambar aku pinjam google 


lepas tu gambar lagi....


ini lah benda alah yang ada dalam pek tu 

lepas tu baru cerita kenapa aku menyampah...


haaa... dah boleh cerita dah.... ceritanya begini...


Slot 1


abg long : ummi... tadi kan...saya main Bdaman kat sekolah tadika ustazah (sila pantau ye ustazah..berleluasa noo dah bebudak ni bawak mainan gi sekolah ni)

aku : siapa punya abg long?

abg long : mukhriz punya la....dia bagi saya pinjam...

aku : lainkali tak yah la main orang punya mainan tau... rosak kang susah nak ganti pulak..

abg long : ok

abis slot 1


Slot 2


abg long : ummi, saya......nak beli Bdaman boleh tak?

aku : Bdaman tu yang ada guli besar-besar dan tembak macam pistol kan?

abg long : ye la...camane ummi boleh tau?

aku : ummi tau la... (takkan nak cakap yang aku pernah main pulak kan?)

abg long : ada yang guli kecik jugak ummi... tapi pistol dia kecik sikit la... tak hebat macam yang emas tu.. boleh masuk guli besar... (eh bila pulak ummi ko suruh ulas ni nak oiii?)

aku : hmmmmm....

abg long : boleh saya beli tak ummi?

aku : ummi takde duit..

abg long : takpe la kita beli bila ummi ada duit ye?

abis slot 2


Slot 3


kat Rantau Panjang baru-baru ni

abg long : ummi saya nak Bdaman macam  ni la...

aku : abg long tau kan...peluru dia tu apa?

abg long : guli...

aku : haaaa...kalau guli...main dalam rumah...kena tv ke kena cermin ke kena pintu ke...boleh pecah kan?

abg long : ala...saya main slow-slow je la ummi..

aku : ye..ummi tau abg long boleh main slow-slow...tapi adik-adik? abg ngah tu kalau abg long nak beli dia sibuk nak beli jugak..dan masalahnya dia bukan pandai main lagi... dia kecik lagi...karang kalau dia main baling-baling guli tu...kan boleb buat pecah semua barang-barang? (haaa...panjang lebor syarahan aku)

abg long : saya main senyap-senyap je la ummi... takyah tunjuk kat abg ngah...

aku : tak boleh la abg long... 

abis slot 3 dengan muka masam dia merajuk


Slot 4


kat Giant baru-baru ni

abg long : haaaa...ummi kat sini pun ada la Bdaman.. (hish aku sakit hati betul la orang yang jual benda alah ni merata-rata....ni kat kedai buku pulak tu...apahal la kedai buku nak jual mainan pulak kan?)

aku : tak boleh abg long... (keras je nada aku sambil jalan terus...)

abis slot 4 sekali lagi dengan muka merajuk.... hmmm...


kesimpulan : elakkan diri anak anda dengan rancangan kartun yang mengarut banyak noo kat tv tu... juga elakkan dia melalui sebarang tempat yang menjual mainan... sekian...



p/s hari ni nak bawak dia ke petrosmart yang aku cerita malam tadi... haaa... yang itu lagi berbaloi dari permainan Bdaman ni... free pulak tu...

Ulasan

  1. benda alah ni agak popular, malah ena kalau kat rumah dlu, selalu follow up cerita ni.. best! XD

    BalasPadam
  2. ala cik kak...
    beli jelah..
    kesian ke anak tu...
    berapa hinggit jer pun...
    anak saya pun sama...
    sekolah pasti..
    ustazah2 kat pasti ni main lantak
    jer budak2 main bidaman ke sekolah...
    last2 kesian pulak tgk dia takda kawan ada..,
    last2 belikan ke anak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf tanpa nama.. cara kita didik anak mungkin tak sama.. kalau org tua saya dulu bagi je semua yang saya nak..mungkin saya tak jadi seperti sekarang..ada perkara kita sebagai org tua kena tapis dan ajar anak2 kenapa benda tu tak boleh..inshaaAllah lama2 dia akan faham..skrg ni pun dia dah tak mintak lagi jadi maknanya dia dah faham.. :)

      Padam
  3. kalau korang nak tahu b-daman nie sebenarnya memang menggunakan duit untuk membelinya memang kita rasa rugi tapi hasilnya anak anak kita rasa gembira apabila murung merajuk atau marah dan dapat menarik perhatian rakan rakan yang lain untuk bermain bersama ...jadi kita janganlah berkira sangat nak membuang duit semata mata untuk permainan berapa ringgit tu

    BalasPadam
  4. sudah sudah lah tu kita tak perlu berkira dengan mata wang untuk membeli mainan nie ..lagipun mainan nie boleh menyelamatkan duit anda daripada membeli psp /handphone ,ps2 dan sebagainya yang mahal

    BalasPadam
  5. kalau korang nak tahu b-daman nie sebenarnya memang menggunakan duit untuk membelinya memang kita rasa rugi tapi hasilnya anak anak kita rasa gembira apabila murung merajuk atau marah dan dapat menarik perhatian rakan rakan yang lain untuk bermain bersama ...jadi kita janganlah berkira sangat nak membuang duit semata mata untuk permainan berapa ringgit tu

    BalasPadam
  6. setuju jugak kita xpenuhi kehendak anak tp perkataan xde duit tu mcm xsesuai..xde bujet ok kot hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkataan yg bagus.. tapi belum pasti budak umur 6 tahun faham rasanya..

      Padam
  7. Betul2 tak menghargai semangat B Daman

    BalasPadam
  8. betul2 tak hormat Semangat B Daman..
    Apa salah B Daman sehingga dikatakan
    menyampah

    BalasPadam
  9. Memang tak menghormati semangat B Daman
    B Daman Bukan menyampah ok..
    tapi membuatkan kita bersemangat bila
    memainkannya
    dan membina persahabatan dalam pertarungan yang sedang hangat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat