Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Petua dapat anak putih dan berlesung pipit dan amalan ketika mengandung

assalamualaikum semua,

mulanya nak menulis tengahari je kan... banyak tugasan nak disiapkan...
tapi... tetiba je terlintas keyword ni pepagi tadi....

keyword terlaris

keyword terhangat 



Petua dapat anak putih dan berlesung pipit

hehehe.... ada yang mengandung dan cari petua dapat anak putih dan berlesung pipit ke?

alahai sayang....






sebenarnya.... kalau nak anak yang sihat dan sempurna tu bukan kehendak kita sorang je tau... semua orang nakkan anak yang dilahirkan tu comel dan sihat sempurna... tapi kita kan hanya mampu merancang.. Allah jua la yang menentukan...

sama jugak kalau kita nak anak yang putih dan berlesung pipit... musykil jugak apa kelebihannya berbanding anak yang hitam dan tak ada lesung pipit?

ada peribahasa melayu mengatakan..(1)

Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya.

jadi hitam pun tetap ada manisnya kan?

Terima zuriat seadanya


walau apa pun yang berlaku kita disarankan oleh Islam untuk terima seadanya zuriat kita...

belajar terima qada' dan qadar yang telah ditentukan... ada sesuatu perkara yang akan berlaku luar dari pemikiran dan jangkauan kita...

aku suka apa yang ditulis oleh blogger ini...(2)


Jika anak itu dilahirkan cacat, dia tetap anak kita. Jika anak itu lemah dalam pelajaran, dia tetap anak kita sendiri. Darah daging kita. Terimalah seadanya anak itu dan lakukan apa sahaja supaya menjadikan dia anak yang hebat mengikut potensi dan kapasiti yang ada padanya.

boleh baca penuh di artikel beliau di bawah...

Amalan ketika mengandung 


apa yang perlu jika kita mengandung ni adalah amalan-amalan yang disarankan oleh agama Islam...seperti yang terdapat dari blog ni..


Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T. 

Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman.

Antara amalan yang disarankan ialah :

1)  Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2)  Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3)  Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti :
  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
  • Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
  • Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
  • Surah An-Nahl ayat 78
  • Surah Al-’Araaf ayat 189
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/amalan-wanita-semasa-mengandung-menurut.html#sthash.bq3mMKXV.dpuf

didapati dari blog ini.. (3)


semoga boleh menjadi pedoman untuk kita semua....inshaAllah...


(1) - DBP
(3) - Iluv Islam



p/s husna dah mula boleh mengikut bila diajar suku kata yang mudah2 tapi bila sebut nama "ummi" dia jadi lain...apakah?


Ulasan

  1. rahsia Allah tersembunyi dalam perut ibu mengandungkan...
    tak siapa tahu camna rupe bila baby tu keluar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah... memang betul tu kak.. walau discan dengan teknologi secanggih 4D pun..

      Padam
  2. terima jew seadanya.. asalkan sihat dan sempurna.. hehe

    BalasPadam
  3. kunjungan perdana..izin nyimak ya...sukses selalu untuk anda di tunggu pula kunjungan baliknya :)

    BalasPadam
  4. cukuplah anak tu lahir sihat dan sempurna.
    kl cantik tp xberbudi bahasa pun masalah juga..

    jom kak singgah blog saya
    perkongsian ilmu dan cerita menarik di sana
    terjah ye..

    www.freevitamin.my

    BalasPadam
  5. Yang penting bayi kita sihat. terbaik lebihkan amalan baca Al-quran masa mengandung.

    BalasPadam
  6. tips yang bagus dan menarik,,pelbagai amalan yang boleh diamalkan ketika hamil. Jemput singgah ke blog saya..>>>http://www.myheroibu.com/2014/11/bahaya-omega-untuk-ibu-hamil.html

    BalasPadam
  7. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Petua Cepat Hamil

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus