Logo KBBA

Rabu, 25 September 2013

Resepi Agar-agar susu lapis milo

assalamualaikum semua,

nak bagi resepi yang dijanjikan ok... memula yang senang dulu la ye...



Agar-agar susu lapis milo



Agar-agar susu lapis milo

resepi oleh Cerita Ita

Bahan-bahan
10 gram agar-agar (aku suka guna yang panjang2)
4 cawan air
4 sudu besar gula
2 cawan susu cair
4 sudu besar milo
1/2 cawan air panas



Agar-agar susu lapis milo







Cara-caranya
1. Masak agar-agar dan air di atas api sederhana sampai agar-agar cair.
2. Masukkan gula dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati dan matikan api bila mula mendidih.
4. Dalam cawan air panas, masukkan milo dan kacau rata.
5. Buat dua bahagian dari agar-agar yang dimasak tadi. Satu bahagian dimasukkan milo yang telah dicairkan tadi. Elok diletakkan ke dalam periuk supaya boleh dicairkan semula apabila agar-agar mula membeku.
6. Letak bekas dalam loyang yang berisi air (untuk mempercepatkan agar-agar beku).
7. Tuang bahagian susu (putih) ke dalam bekas. Bila dah agak-agak keras di permukaan boleh dicurahkan bahagian milo pula. Cara ini diulang untuk mendapat lapisan susu dan milo.
8. Agar-agar akan sedikit lembut. Simpan dalam peti untuk hasil agar-agar beku yang lebih sempurna.

tips : ada orang yang buat cakarkan sikit atas setiap lapisan untuk membolehkan lapisan tu melekat antara satu sama lain, boleh juga tak buat tapi agar-agar akan jadi macam kuih lapis nanti. boleh ditanggal satu persatu lapisan dia.

selamat mencuba ok!




p/s tengah siapkan isi untuk sesi ceramah esok... hmmm... blur.. walaupun benda sama hadap hari-hari.. Cerita menarik lain

20 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq anum.. meh la try..

Cik Kumbang berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aduhai sedapnya tengok
nak cuba resipi ni nnt,hihi
maceh sbb share resipi agar-agar ni

-Peminat Agar2 ;p

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terima kasih singgah sini juga .. cuba la..senang je tu..

jueshaklee berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya kalau dapat makan agar2 macam tu masa panas2 nih..hehe. tq for the resepi.nati nak cuba =)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cuba jue..jgn x cuba.. kat rumah ni pun berebut2 anak2.. hehe..

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak biasa buat 2 layer je..kalau berlapis gini, best gak ek

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik kak... tapi leceh sikit la..hehe..

Adilah Manaf Celik Vitamin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mesti cuba ni. Anak-anak saya memang suka milo. Terima kasih berkongsi resepi ni ya puan.

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

punya mantapppppppppppp

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wau..msti buat nie

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak cuba lah.........ank saya suka minum milo........

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak share..tq byk

Nur Zayyani Liman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

buat lapisan mcm ni..cantik jugak..anak2 mesti seronok nk mkn kan..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sama-sama

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cubalah..budak2 biasanya memang suka milo..

Hurul Aini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak ita kalau saya gunakan susu pekat boleh ke?

Hurul Aini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak ita kalau saya guna susu pekat sebagai ganti
susu cair boleh ke?

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh je dik.. tapi kena kurangkan sukatan gula sebab susu pekat tu dah manis dah..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akak dah jawab kat bawah tu dik.. boleh tapi kurangkan sukatan gula la.. susu pekat dah manis..