Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 12 November 2012

Mendapat hati yang tenang

salam sejahtera semua,
pagi ni aku nak kongsikan apa yang aku dapat dari kuliah asar di tv al hijrah baru ni..
tengok kan bertapa kuatnya pengaruh tv dalam kehidupan kita tapi kita pandai-pandai juga pengaruh tu kepada kebaikan...

yang aku nak kongsikan ni adalah apa yang Ustaz Fadhil kongsikan iaitu bagaimana nak dapatkan ketenangan hati..

ada 2 caranya..

1. sentiasa berzikir dengan nama Allah... kadang-kadang aku rasa bersyukur banyak bila ada anak, sebab dengan adanya anak-anak secara tak langsung akan selalu berzikir...waktu bila tau? waktu nak tidurkan dia...waktu nak amankan dia bila dia menangis...sewaktu nak jampi dia bila dia menangis sebab terlanggar sesuatu atau terjatuh...mudah kan nak berzikir...?

2. sentiasa memaafkan orang lain.. yang ini memang aku yakin boleh menenangkan jiwa...sebab aku dah cuba..dulu aku jenis yang kuat berdendam..suka mengungkit benda yang lepas yang boleh menyebabkan dendam wujud... tapi selepas aku belajar memaafkan orang dan terima kenyataan setiap manusia akan melakukan kesilapan... terus hati aku lebih tenang... cuba lah...insyallah berjaya untuk tenang... memaafkan diri sendiri pun salah satu darinya...

p/s ni tengah ada rancangan tanyalah ustaz.. rezeki yang berkat.. kita cerita esok pulak la...tengok anak-anak pun hati boleh tenang kan?

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ita, tq for sharing. dlm quran pun ada sebut, dengan mengingati Allah, hati akan tenang.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ye kak anim.. jom sesama solat zohor..

Dayah Danisha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memaafkan orang kadang menyakitkn juga . Kita redha jela

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang..sebab kesan luka x kan hilang..even guna vit E pun..hihi..tapi hati lebih tenang..insyallah..