Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 28 November 2012

Resepi Steamboat Segera

salam sejahtera semua,

sambil melayan mood korang yang tengah rehat dan ada yang tengah makan tengahari ni...mari la kita cerita pasal steamboat ye...ini berlanjutan dari entry pagi tadi ....Steamboat ...sesuai makan masa musim hujan... bikin panas....hihihi....

sesiapa yang berminat nak makan steamboat murah... senang tapi sedap...meh la baca dan jangan ke mana-mana...teruskan membaca sampai habis ok...

aku dah pernah pergi makan steamboat kat kuantan ni... boleh rujuk entry INI dan INI ...

tapi bila dah ada anak berderet-deret ni...makan kat luar adalah sesuatu yang jarang kami dapat buat.... jadi pilihan yang ada adalah makan di rumah dengan tenang....

Steamboat
Resepi Steamboat Segera

Bahan-bahan:
1.pergi ke Giant di bahagian sejuk beku... dan pilih bahan apa yang korang nak letak...
kami pilih bebola ikan pelbagai rasa...dan pelbagai lagi jenis bebola... tak dapat nak senaraikan...cari yang halal je ye....kalau nak letak dumpling pun ok gak...
2. 2 bungkus cendawan enoki (yang halus-halus putih dan panjang-panjang tu)
3. 1 bungkus baby sawi
4. 2 sudu besar pes tomyam adabi (yang dalam botol)
5. 1 1/2 sudu teh garam atau secukupnya...
6. air secukupnya
7. mee udon 1 bungkus
8. 1 periuk untuk memasak.. (yang ini paling penting..kalau takde tak jadi)

makan pulak dengan air sirap yang sedap...fuh..


Cara-cara
1. masukkan air, pes tomyam dan garam dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih..
3. Masukkan semua bahan yang nak diletak dan tutup periuk kecuali mee udon.. kena rebus asing dan toskan...
4. Biar semua bahan mendidih sekali dengan kuah....
5. buka tutup dan dah boleh makan.... opppss...baca bismillah dulu...

jemput makan....nampak mee udon dalam pinggan tu?


p/s kami selalu buat ni bila aku malas nak masak... huhu.....



Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Sue Sumie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagaimanakah rupanya mee udon tu ye?? hehehhe

(follow me : mrsfadhil.blogspot.com)
TQ

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

klik gambar yang last... tu dalam pinggan tu.....mcm mee laksa penang tapi kenyal lagi..

ieda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haaaaaaaaaa menarik nie ita ..
nanti nak try ..
nak makan ramai2 di kedai ..
x larat kalau ramai kan huhuh

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ye kak...cuba jangan tak cuba...