Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 2 November 2012

Tips bagi duit Tol untuk majlis perkahwinan

salam sejahtera semua,


gambar sumbangan along aku...cantik kan? berminat? leh contact aku...hihi...

semua orang rasanya dah sedia maklum dengan adat perkahwinan di Negeri Johor... atau ada yang belum tahu lagi?

setiap negeri ada adat masing-masing tapi uniknya di johor ni ada satu adat yang dipanggil "duit tol perkahwinan".... menarik bunyinya kan?

disebabkan ada rakan blogger yang nak berkahwin dengan orang johor pada masa terdekat ni... Bro Framestone .. aku terfikir pulak nak buat entry ni... mana tau boleh jadi panduan oleh orang lain jugak kan?...

baca petikan di bawah ni.....

kalau perkahwinan di sekitar johor tak adakan adat ni macam janggal pulak rasanya... tapi ianya bukanlah suatu kewajipan tapi cuma salah satu acara nak memeriahkan majlis saja...

Si jejaka segak berpakaian songket rona coklat yang datang dari Perak pasti ingin terus duduk di atas takhta bersebelahan permaisuri hatinya.
Saat ingin masuk ke pelamin, rombongan tersebut tiba-tiba 'disekat' oleh dua orang remaja perempuan dengan lagak hulubalang istana. Tanpa berkata-kata apa-apa, mereka hanya menadah tangan sebagai tanda meminta sesuatu.
Bagaimanapun rombongan yang disertai oleh 20 orang wakil itu sedikit pun tidak gentar. Mereka sudah bersiap sedia dengan sampul-sampul berisi wang untuk 'disogokkan' kepada remaja perempuan terbabit supaya membuka laluan itu.
Namun halangan itu hanyalah permulaan sekatan. Di depan pelamin mereka berdepan dengan halangan yang serupa. Tapi kali ini empat orang wanita dalam lingkungan umur separuh abad menadah tangan meminta 'tol'. Mereka turut mengusik pengiring pengantin lelaki yang masih muda. Usikan itu disambut dengan gelak ketawa tetamu yang hadir.
Saat halangan itu dibuka, peluh pengantin lelaki mula menitik. Namun, seorang wanita kelihatan enggan bangkit dari singgahsana pengantin malah dia masih setia menghalang muka pengantin perempuan dengan sebuah kipas tangan.
Walaupun sudah diberi sejumlah sampul berisi wang, beliau masih enggan bangun. Sehinggalah nilainya mencukupi RM100 barulah wanita yang di panggil mak andam itu beredar dan memberi laluan untuk majlis tersebut diteruskan.
menarik kan? hihi....

dalam keluarga aku sendiri dah 5 orang dari 7 beradik kami berkahwin... dan 4 darinya adalah lelaki dan semua isteri mereka adalah warga johor... jadi adat ini tidak berkecuali.... macam aku sendiri walaupun shah datang dari negeri Pahang... aku dah warning awal-awal lagi pasal adat tol ni... cuma kami pakat-pakat letak 50 sen je bagi tol permulaan... hihi... zalim kan? itu masa tahun 2006 la... sekarang ni duit raya pun orang tak bagi 50 lagi....

biasanya akan ada 4 sekatan tol yang dilakukan.... pertama di halaman rumah... kedua di pintu masuk... dan yang ketiga di kaki pelamin dan terakhir sekali di tangan mak andam.... adoiii... yang ni la paling tinggi....

aku nak kongsikan tips-tips bagi mengelakkan korang kena tol yang melampau ok... mari ikut panduan ini....

1. cari pengapit yang betul-betul boleh harap... berani dan tak malu-malu... kalau malu-malu abis la korang....
pengapit ni berfungsi untuk menyelamatkan duit tol korang tau.... macam strategi yang adik-beradik aku pakai... masa uda dengan andak je pun... yang along dengan acik... pengapit pemalu... adehhh....

2. pengapit kena serius di samping kontrol hensem... ;)
pengapit kena letak duit kat 2-2 belah kocek.... letak sikit-sikit je... kalau ada beg pinggang lagi bagus... hahaha.... pastu bagi satu kocek dulu... of course yang nilai paling kecik.... ingat jangan bagi macam bagi duit raya... kalau korang buat gitu... buatnya ada 10 tol... mampus korang.....

3. pastu... bila dah abis ko agak2 la....takkan nak tunggu abis kan? selit-selit la baki tu kat memana...(haaaa..nampak tak nape aku suruh bawak pouch bag?)

4. pastu korang tunjuk je la kocek korang yang dah kosong tu... wajib selit tau... pasal ada je kang yang muka tak malu main seluk-seluk poket orang.... ;)

5. ini yang paling penting.... jangan layan sangat makcik-makcik yang selalu beratur tu... bagi 2-3 orang je sudah...yang lain ko acah-acah sikit la... tu pasal kena pengapit yang selamba... pengantin kan dah malu-malu time ni...ahaksss....

6. sampai kat pelamin ni selalu dugaan dia besor sikit... bukan yang tahan tol tu badan besar-besar ye... harap maklum... walaupun memang hakikatnya selalu camtu...hihi..... tapi biasanya memang kat sini yang buat lama ni... haaa... sekali lagi peranan pengapit.... kena gertak sikit-sikit bila dah tak boleh nego lagi dah... bagi kat diorang pengapit nak bawak pengantin lari balik.... hahaha....amacam...? ikut pengalaman aku.... along, andak dan acik aku yang selamba tu... pengantin sendiri yang nak balik.... hahaha....

ada jugak orang yang cuma bagi sampul kosong.... banyak yang jadi pun.... pada pendapat aku tak yah la buat gitu... pasal shah yang letak 50 sen pun orang sebut sampai bebila tau....hihihi....kesian abang...

kalau korang nak baca petikan lanjut pasal tol perkahwinan tu boleh gi SINI ok...

p/s ada rasa-rasa macam nak buat majlis kawin lagi la.... errrr... ada sesiapa nak sponser? ;)

Cerita menarik lain

10 Luahan Ikhlas:

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kdg-kdg tol ni ade jugak menyusahkan family yg tak tahu adat...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

peranan sebelah pengantin perempuan penting..selalunya memang menyusahkan bg org luar dr negeri johor tapi tak sesuatu tak akan jadi susah bila kita cuba terima adat org lain seadanya..

ariana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalam. lama x singgah sini. akak teringat sedutan kat Tv..tol cara terbaru bg kad touch n go..hihi

izanpyus berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam ita,

lama x dtg sini..izan nk contact ita sbb nk tnya pasal vet. boleh x ita email izan no tel. email : izanygcute@gmail.com

take care ita :)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak, bagus cara tu..tapi mahal noo tu..hihi

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

done.. di whatsapp ye... ;)

Bro Framestone berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Eh ada nama bro pula di situ....

Tol berjaya ditempuh dengan tenang. Backup baik punye

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha... tahniah pengantin baru.. tq sudi singgah sini..

Mohd Hanif berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Unik adat kahwin orang johor, siap ada tol tu.

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Adat bodoh.