Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 10 Mac 2011

rokok ke merokok? Part 2

assalamualaikum semua,

sambungan yg tadi lak ye...Part 1

yg ni cite peribadi aku lak...pengalaman aku sendiri? korang mesti nak kata aku penah merokok dulu kan? eh...cepat sgt meneka tu...

bukan..ni pengalaman aku dengan shah la...dia dulu adalah salah sorang perokok tegar gak...leh la abis satu kotak sedang2 tu sehari..

sekarang ni dia dah stop dah..dia dah kata TAKNAK kat rokok dah...
apa yg buat dia semangat nak berenti? pertama2nya aku la....syarat aku dulu kalau sesiapa yg dah merokok nak serius dengan aku dia kena berenti...jadi dia ikut...dia buat cara senang la..cuba2 berenti sendiri...aku percaya la sbb depan aku dia tak hisap kan?

pastu dah tunang dia kantoi pulak...adik dia bg tau aku..bocor rahsia dia, last2 dia mengaku dia mmg tak berenti lagi..hisap bila aku xde...ceh...

Cara nak berhenti merokok


pastu aku nekad...aku gi farmasi Kuantan, ala kat jalan besar tu...tanya kat diorang ada x ubat utk org berenti ni...diorang kata ada...satu brand je ada..nama dia Nicoratte...korang leh baca info kat sini..

diorang pun terangkan dengan terperinci...ada 3 jenis:

1. jenis hisap punya cam rokok kecik - didatangkan dengan 10 refill nikotin kat dalam kotak cantik...leh simpan rokok plastik tu dengan refill dia dan boleh bawak kemana-mana...tapi sayang company ni dah tak keluar benda alah ni lagi...

2. jenis gum - cam gula2 getah

3. jenis pil - ada 2 pulak satu kuat dan satu lagi kurang sikit dos dia...

setelah ditimbang2kan maka aku beli la yg no 1 tu kat shah pasal dia kata habit menghisap tu yg susah nak buat....diingatkan ye masa aku beli ni thn 2005...aku tak pasti skrg ni ada lg tak sbb kat website kompeni dia dah xde...korang try la tanya farmasi...

harga masa aku beli tu cuma rm47.90 je....tengok tak sampai pun rm50...rokok korang dah bape kan?

yg gum dan pil tu lagi murah...

dan bermula la sesi perawatan...dia suggest kena sambung treatment berminggu2....tapi shah buat cuma seminggu je...2 hari pertama dia abiskan refill satu sehari...memula kan...pastu dah slow..satu refill 2 hari..refill ni bertahan bergantung bape kerap korang hisap..makin kerap makin kerap la kena tukar...pastu masuk refill keempat dia dah taknak dah merokok...orang bagi kat dia dan dia try..korang tau apa jadi? dia mabuk cam orang baru belajar merokok...siap batuk2 muntah2 lagi....memula dulu bau rokok pun dia tak tahan tau...

dan akhirnya rasmi la aku mengahwini seorang lelaki yang tidak merokok...korang tunggu apa lagi? meh la cuba...bagi kat boyfriend ke, tunang ke....suami ke..tak pun diri sendiri...lai..lai...

update 7/2016 : sekarang dah ada klinik berhenti merokok di mana-mana hospital kerajaan tau... rujuk je la klinik kesihatan berdekatan dengan korang...
Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

aizamia3 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menariklah k.ita.. boleh cuba sebab anak2 pun dah bising dok sruh ibunya ni g beli yang macam dalam iklan tv tu... nak try cuba test dulu... mana tau boleh dan berjaya kan..

Wahida Nasution Thakhrim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ex-bf saya memang merokok, tapi dia takkan merokok depan saya.. dia akan merokok jauh2..

ayah saya pun perokok juga dulu, tapi bila dia pencen dia berhenti.. berhenti tanpa guna apa2 cara yang akak cerita kat entry tu.. alhamdulillah, dah 11 tahun ayah saya berhenti merokok dan dia sendiri cakap bau asap rokok pun dia dah rasa sengit..

pwincess Lov3y dOv3y berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice sharing la akak nie.
yg sy taw yg jenis pil jerk.
tu pun yang dok iklan kat radio jerk kan.
rpenyer ade 3 jenis.
bgus2.
ty leh suggest kat kengkawan yang hisap rokok.:)

faraa halim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice sharing, abah saya merokok jgk.
n mcm tak de tanda2 nk stop pn,

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aizamia3
cuba jgn x cuba..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahida,

ala lelaki mmg camtu..bila dah kawin x sorok2 dah..korang nak aku kan terima la aku seadanya..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fara,

cubalah selagi terdaya..