Blogger Baru Berkumpul di Bangku Kosong - Cerita Ita                                                             Blogger Baru Berkumpul di Bangku Kosong Langkau ke kandungan utama

Blogger Baru Berkumpul di Bangku Kosong


salam semua, 

pertama-tamanya nak ucap terima kasih la pada blogger2 di luar sana yang sudi buat segmen macam2 utk support blogger lain...alhamdulillah dengan usaha kalian jugak bermakna bagi idea kat orang utk update blog selalu... satu lagi segmen dianjurkan oleh seorang blogger di Bangku kosong... dengar tajuk ni mesti korang kata nape aku nak join...dan aku tak layak nak join pasal aku berblog bukan baru ni lagi...tapi sila la baca sampai abis ye...nanti korang tau nape aku nak join... 

aku berblog dah lama dah....memula masa friendster adakan slot untuk blog lagi iaitu pada 25 Disember 2006...tajuk blog aku masa tu http://shazie8279.blog.friendster.com/2006/12/26-disember-2006 masa tu entry pertama aku cerita pasal kehidupan aku sebagai isteri di rantauan orang bersama kandungan yang baru berusia lebih kurang 5 bln...dan cerita pasal pertama kali kami scan baby kami...excited.. lepas tu thn 2008 semua org (kekawan rapat) mula mengabaikan friendster blog dan bertukar kepada blogspot...masa tu rasa cam best je sebab blog mereka cantik2...lagipun aku dah rasa x best pasal kawan2 dah taknak update kat friendster mereka...

lepas tu aku buat keputusan nak tukar ke blogspot pada Disember 2008...masih lagi dengan nama yg sama Cerita Ita bersambung di sini....dan ni entry pertama aku kat situ...eh apasal aku suka start disember ek? aku baru perasan...ni bukan kisah tragedi disember tau... bila aku join kat sini pun aku masih tak aktif...kekadang je ada story mory pasal kehidupan...terutamanya pasal anak... 

cuma bebaru ni je aku rasa cam berblog ni banyak membantu...dan aku pun BARU nak aktifkan diri...asalnya bila anak aku yg kedua ni ada masalah masa berusia 2 bulan...aku mula start blog walking kat semua blogger2 yang ada masalah dengan anak2 mereka...diorang semua bagi semangat kat aku bila aku tengok masalah mereka lagi besar dari apa yg aku hadapi.. 

jadi setelah semua di atas aku nak mengumumkan yg aku ni blogger lama yg baru nak berjinak2 belajar tentang blog dengan semua yang dah terrer di luar sana...harap dapat tunjuk ajar ye... apa yg aku nak capai sebenarnya selama aku berblog ni? aku nak kepuasan menulis dan mencurah isi rasa hati (pasal aku dah lama xde kawan baik yg duduk dekat2 :( ..), mencari pengetahuan sebanyak mana dan jugak menambah kenalan dari mana jua(ini yg susah nak cari)...

Ulasan

  1. berkawan biar seribu. salam kenal

    http://diarialeesya.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Salam kenal..Boleh kita kongsi-kongsi kisah ye..:)

    BalasPadam
  3. mamaleesya...macih

    ariana's...salam kenal kak..

    BalasPadam
  4. Salam .. terima kasih kerana join segmen saya. :)

    BalasPadam
  5. faztee: sy singgah jap lg ye..
    hasrul: mekasih juga sudi buat segmen yer... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum