Selasa, 22 Mac 2011

Aku Benci Rokok! : Ben Ashaari

salam,

aku tak dapat menahan diri dari menjoinkan diri bila tengok dia punya tajuk kat atas tu....en ben sy mesti join...ceh macam iklan bank rakyat pulak kan...

memula aku nak tepek gambar en ben dulu...



pastu jawab soklan2 santai dia ok...

Kenapa aku benci rokok? Korang betul-betul nak tau? Silap la.. mesti korang letih baca nanti... amaran ni tau... aku memang tak suka rokok @ orang yang merokok @ apa-apa la yang berkaitan dengannya...

Aku mula tak suka pasal masa aku kecik abah aku kuat merokok... dah la kami masa tu susah kena lak abah spend duit nak beli rokok.. makin la tambah susah kan? Dah tu abah aku pulak cuba berhenti merokok... kejadian tu masa aku sekolah rendah... masa tu bukan aku ada ilmu macam sekarang ni.. abah aku pun main cuba-cuba berhenti camtu je.. sudahnya abah aku terbaring lesu tak leh nak buat apa-apa ko...sebabnya pasal simptom ketagihan nikotin... lagi buat aku menyampah dengan rokok.. lepas tu abah terus isap rokok balik.. bila isap dia ok la kan? Ye la pasal nikotin dalam darah dia ada balik.. pasal rokok juga abah aku terlantar kat hospital tahun 2009 tau... malas dah nak cakap... orang tua ni sensitif..

Lepas tu bila aku dah kerja pulak... aku memula kerja kat ladang ayam... dikelilingi oleh orang yang kuat merokok... alasan mereka nak lepaskan lelah kerja berat... ceh alasan tu... aku pulak sangat-sangat menyampah ok... aku memang benci rokok!

Last-last aku buat peraturan kalau nak ada dekat-dekat area aku duduk sila jangan merokok... diorang ikut ok... pasal masa tu aku gadis lagi kan.. strategi nak memikat tu kot... ceh perasan lak kan...

Dapat pakwe lak sama je merokok jugak... aku letak syarat lagi kalau nak aku kena berenti...  dan dia memang berenti... lelaki sanggup buat apa saja untuk perempuan kan?

Nak tanya pesanan aku pada yg merokok dan bakal merokok...? aku malas nak tulis pajang lebar... korang leh tengok entry aku kat SINI ok..

Dan pendapat aku lak korang leh tengok kat SINI pulak ok...

Kesimpulannya AKU MEMANG BENCI ROKOK!

10 Luahan Ikhlas:

Ila berkata...

betul tu..sy pun tak suka org merokok

ieda berkata...

eekkek memang letih baca .. sama lah kita dik .. huhuh

c-tea berkata...

betul-betul..setuju sangat...yang paling penting..merokok membakar wang ringgit...adeh..

jom baca kisah sedih si perokok tegar..di sini...sensasi dari blog ct..

http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/03/aku-cukup-benci-dengan-rokok.html

Qaseh dalia adelia berkata...

benci gak !

Lulu caldina berkata...

sokong..sokong..

нαηιмQαtяυηηα∂α berkata...

Datang dari blog abg ben =)
Letih kan.. Bila nasihat, "tau, tau" je jawabnye.. Dah tau rokok tu bahaya, hisap gak!

Jom terjah:
AKU BENCI ROKOK

solo molo berkata...

kureng gemar 0rg mer0kok nie...

HATYCIKNUURUL berkata...

salam,:)

same la kite,.plg benci rokok,perokok,org merokok,bau rokok,bau org yg merokok, arrghh,banyak,.huhu

Salam prknalan dr blog Abg Ben dan Top,.

awEEN berkata...

betul2..jgn bg org merokok dtg dekat2 dgn kite kak =)

perpatih_kenyalang berkata...

singgah dr blog abg ben... nak tau apa yg sy tulis pasal rokok? singgah la kat blog sya... http://perpatihkenyalang.blogspot.com/