Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 23 Julai 2013

Resepi Lontong Goreng - Menu Bersahur

assalamualaikum semua,

petang semalam ada kawan-kawan di group whats-apps cerita pasal lontong goreng....

lepas tu teringat pulak pernah belajar dengan akak kat opis ni cara-cara nak buat nasi impit atau orang johor panggil lontong yang mudah...

jadi semalam nak buat percubaan la kononnya.... dan cadangannya nak buat lontong goreng sebagai menu berbuka kami petang ni...

tapi akhirnya menu berbuka tu bertukar menjadi menu bersahur disebabkan ketidaksabaran aku.. hehehe...
alhamdulillah atas rezeki kesihatan yang dikurniakan... masih lagi boleh memasak untuk keluarga...

ok meh kita cerita pasal resepi lontong goreng ni...




Lontong goreng 


Lontong Goreng Versi Cerita Ita

Bahan-bahan untuk lontong
1 pot beras
3 pot air
1-2 sudu besar minyak masak

cara-cara
1. masak semua bahan dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.
2. bila dah masak, masukkan nasi lembik yang masih panas ke dalam plastik.
3. ratakan plastik dengan kain
4. Biar sejuk dan bila sejuk nasi dipotong dadu.



lontong yang disejukkan 


sedia untuk dipotong 


Bahan-bahan untuk lontong goreng
Nasi impit @ ketupat nasi segera (5 biji yang kecil) dipotong dadu
1 biji bawang besar (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
1 sudu besar tomato puri
1/2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
2 sudu besar cili kering kisar
1 pokok sawi (asingkan batang dan daunnya)
1/4 lada benggala (dihiris)
garam secukup rasa

Cara-cara
1. tumis semua bawang dan cili kering sehingga naik bau
2. masukkan tomato puri, sos tiram, garam dan kiub ayam dan kacau rata
3. masukkan batang sawi dan masak sehingga layu
4. bila bahan tumis agak kering masukkan lontong dan gaul rata
5. masukkan sawi dan lada benggala dan kacau rata sehingga sawi layu (kacau sekejap2 untuk elakkan lontong hancur)
6. bila semua sebati matikan api.



lontong goreng 


senang je kan? ada orang suka letak sayur macam-macam dalam lontong goreng ni... ikut suka la nak letak apa pun... kalau suka boleh juga tambah carikan ayam rebus atau goreng atau daging kisar ataupun telur hancur...

aku suka kalau letak banyak sayur macam taugeh.. kangkung.. lagi sedap kalau guna cili padi...

selamat mencuba ye...



p/s pagi-pagi dah cerita makanan kan? maaf la ye... takut petang tak sempat... tak pun boleh bagi idea kat sesiapa yang cari menu berbuka petang ni... Cerita menarik lain

17 Luahan Ikhlas:

che mid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam kenal dari Che Mid.. nampak sedap lontong goreng tu.. tapi Che Mid tak pernah makan la...

P/s.. minta tolong sikit ya.. macamana nak link entri blog ke Kelab Blogger ni, Che Mid tak reti la.. boleh tak ajarkan..tk

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nyum2
jom cuba

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kenal...saya dah komen di blog che mid..

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Uishh Ita rajinnya. Kalau akak, rebus yang instant jer...hahahahhaa. Lepas tu akak suka potong kecik2 sikit lagi, lepas tu kasi dia hitam sikit dengan kicap...hehehehehehhe.

Aduhh... nak buat sendiri, tekak sorang jer yang makan nie kang...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cuba jgn x cuba..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

buat sendiri lagi cepat dari yg segera tu la kak.. sbb tu saya rajin.. dan lagi cantik hasilnya.. kalau yg segera tu kena rebus lama baru cantik.. rugi gas.. hehehe..

Man berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Perghhhhh sedap tuuu

Nasuha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mesti sedap...sy blm prnh cuba..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg sedap... hehe.. puji diri sendiri..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang sedap nasuha...resepi dah ada..meh la cuba..

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cam sedap jer ...

mama_ka0ri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ehh? lontong goreng? tak pernah denga pon ade makanan ni..haha
makanan johor jugak ke ni? nampak mcm sedap jer..hehe..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap hani...cuba la..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

agaknya la johor punya... hehe kat johor je selalu jumpa pun..

ieda immi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh menarik nie ita
akk x pernah cuba lagi nie ;)

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh nasi impit tu dipanggil lontong ke???? firt time tahu ni.. ngat lontong ni kuah yang warna putih kekuningan tu.. makan ngn nasi impit gak la

❤Kamsiah❤ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pernah cuba lagi..biasa buat dan makan lontong dgn kuah lodeh ja