Adik Husna dah pandai jalan! - Cerita Ita                                                             Adik Husna dah pandai jalan! Langkau ke kandungan utama

Adik Husna dah pandai jalan!

assalamualaikum semua,

haaa... dah petang-petang  baru leh nak jenguk-jenguk sini kan...? apa daaa ita....

ok tak pe...tak pe....

terus ke cerita utama....

esok genap umur adik husna 1 tahun 1 bulan ok.... dah besar dah ko nak.... sekejap je rasanya.... dan aku masih berjaya menyusukan husna dengan susu ibu sepenuhnya sehingga kini.... alhamdulillah...alhamdulillah... bersyukur betul aku rasa... walau dengan hasil yang tak seberapa (sekali pam paling tinggi pun dapat 7 oz)... dan kadang-kadang hasil merundum (sekali pam cuma dapat 2 1/2 oz je)... dan walau dengan harapan yang sangat tipis.... di samping dugaan kerja..... di samping KEMALASAN....(adoi...ini yang paling payah nak buang ok)... akhirnya sampai juga 1 tahun 1 bulan... alhamdulillah...(ceh...buat ucapan macam dah berjaya tempuh 2 tahun je kan...hahaha...prepare tu..karang sampai 2 tahun aku copy paste je...hihi..)

dah semalam ada berita gembira lagi buat kami....

ADIK HUSNA DAH BOLEH BERJALAN! alhamdulillah.... (tambah lagi sorang nak kena kejar masa shopping)

meh layan video kat bawah ni ye....




kami paksa dia jalan untuk kali kedua supaya boleh dapatkan rakaman video ni.... untungla ko nak... abg-abg ko dulu mana ada....dia paling awal tau...abg-abg dia dulu 1 tahun 3 bulan baru leh menapak camni....

ada orang kata anak perempuan memang cepat berjalan dari anak lelaki... ye ke? mitos ke tak tu ye?

p/s shah kena pakai topeng ultraman tau nak suruh dia gerak  kaki tu...hahaha... tq bang...

Ulasan

  1. wah cepat ye da berjalan...jenuh nk kejar ler plk pasni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat kan? ada budak saya jumpa lagi cepat tau..7 bulan dah jalan..

      Padam
  2. yey, leh ar join iris lepas ni...sonok jek bila anak daah berjalan kan

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. tq kak.. hihi.. senyum lebar je bila cite pasal anak kan..

      Padam
  4. wah best2.. hehe.. dapat hadiah~~~ hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...