mana lagi sedap? kat rumah ke luar? - Cerita Ita                                                             mana lagi sedap? kat rumah ke luar? Langkau ke kandungan utama

mana lagi sedap? kat rumah ke luar?

assalamualaikum semua,

bestnya cuti bila dapat bersantai-santai dengan keluarga di rumah kan..?

aku mengaku memang best dan lebih best lagi bila dapat masak dan hidangkan makanan yang best-best jugak untuk suami dan anak-anak...

dan lebih best lagi bila anak-anak dan suami puji serta ucap terima kasih...kalau tak puji pun cukup dengan tanda dia makan habis makanan tu serta request suruh buat lagi di lain masa...berbaloi-baloi isteri memasak kan?

tapi aku nak mintak pendapat korang la...mana yang ok? makan di rumah ke atau makan di luar rumah...bukan luar rumah kat laman atau garaj korang tau tapi makan di kedai makan tu haaa...

kalau pendapat aku yang tak pandai masak ni...rasanya makanan yang dimasak sendiri di rumah lebih baik...dari bahan memasak sampai ke cara penyediaan boleh dipastikan samada halal, bersih dan selamat...

kalau kat luar? entah la...biasanya kita akan sebut...tawakkal je la...

yang penting mencari yang halal tu fardu bagi orang islam...bukan aku yang cakap...tu haa..tv al hijrah yang cakap...

pendapat peribadi aku...my dapur is my world...kalau dapat memasak je...syurga dunia tu....



p/s ada cerita kek asam manis ni...karang eh...aku tepek gambar je dulu...

Ulasan

  1. Mestilah kat rumah. Tapi tulah, kalau asyik kena kutuk jer, merudum motivasi memasak jadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dulu camtu kak...sampai merajuk2.. last2 jadikan cabaran..mesti lebih baik dari yang semalam2 tu..

      Padam
  2. di rumah, tpi sekali sekala mnjakan diri mkn di luar masa hari trlalu sibuk dn bahan mentah habis dalam fridge.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita kak.. selalu gak manjakan diri dengan masakan pasar malam..hihi..

      Padam
  3. makan kat rumah sesuai utk yg dah berkeluarga...tp sesekali mkn kat luar best jugak bagi peluang kat para isteri rehat kejap..tp klu status single n tinggal asrama mcm lyeen ni kak..mkn kat luar la jawabnya..HAAHHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. huh.. kalau duduk asrama lain cite la dik..hihi..psstt..nak rehat memanjang leh?

      Padam
  4. assalamualaikum ita...bestnya nak cikit yer...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam ...hish segan la.. tapi serius sedap!

      Padam
  5. dulu masa anak sorang makan kat luar lg berbaloi sbb bila memasak 2 org je mkn, byk lauk terbuang...bila anak dah 2 ni, yg sulung dah masuk sekolah baru rs berbaloi masak...terpulang lah pd individu tp klu sy klu mkn kat luar dah tau kat mana yg halal dan sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul jugak.. kalau tak ramai yg masak mmg membazir.. tp best kat malaysia ni kat mana2 boleh makan kan?

      Padam
  6. mestilah di rumah ..lagi2 masakan mak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mak yang memasak..confirm vote rumah kan? hihi.. tq dik for your review...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...