Agaknya patut aku marah tak? - Cerita Ita                                                             Agaknya patut aku marah tak? Langkau ke kandungan utama

Agaknya patut aku marah tak?

Salam sejahtera semua,

malam tadi, aku tengah jalan-jalan berdua dengan shah...

tak jauh kami berjalan kami sampai kat satu longkang besar....dalam longkang tu ada 3 orang perempuan tengah berbual...

bila ternampak kami, mereka berhenti berbual....terus semua muka pandang ke arah kami....
aku buat tak tau je...senyum pun tidak...apa pun tidak...pelik jugak aku masa ni ....selalu aku yang paling murah senyuman...ecece...perasan la pulak....

ok terus sambung cerita....
secara tiba-tiba seorang daripada perempuan tu mintak tolong shah tarik diorang keluar dari longkang tu....

shah pandang muka aku....muka masa tu macam nak cakap je...tak payah la bang...yang diorang pepandai je masuk dalam longkang tu nape? pepandai la keluar sendiri kan...? ni sesibuk je nak mintak tolong suami aku....

tapi korang tau je la shah...mana leh tengok orang susah...mesti dia nak tolong.... biar dia yang susah pun takpe...itu yang paling suka pasal shah tapi cuma kekadang sifat tu makan diri dia balik ... orang ambik kesempatan... eh...tercorner lagi cite ni....

ok..ok...sambung....
pastu shah pun tarik la perempuan tu sorang demi sorang keluar dari longkang....lepas je keluarkan perempuan tu semua, shah terus pergi dari situ....

aku tertinggal dan tengok gelagat perempuan tu semua dengan sakit hati...ada sorang tu siap puji-puji lagi shah sambil tengok-tengok muka aku.....heh...aku dah macam nak jadi hijau-hijau dah masa ni tau....sila percaya...

pastu boleh pulak yang sorang tu cakap.....bagus kan kalau jadi suami ni....wah....aku masa tu memang tak leh cakap arrr rasa macamana.... aku dah mula plan dalam kepala ni nak gaduh-gaduh macam orang perempuan gaduh kat dalam tv tu...siap tarik-tarik rambut segala kan....

sekali baru je aku plan camtu....tetiba ada bunyi......tet...tet...tet...tet....
alarm aku bunyi daaa....
alamak dah pukul 5.30 pagi la...aku toleh sebelah elok je shah tidur....toleh sebelah lagi...husna pun lena je.....rupanya aku mimpi daa....hahaha.....
nasib baik kan?

p/s masih terpikir....kalau aku gaduh tarik-tarik rambut sambil guling-guling tu camne la rupanya kan.....

Ulasan

  1. kalau ita sah buat aksi tu, don't worry, we all boleh tengok dlm youtube, heee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngeee... ada eh yang nak rakam....hahaha...jadi artis camtu...kalah Rozita che Wan..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat