assalamualaikum semua,
aku saja nak tunjuk kat korang macamana kejadian culik melibatkan anak-anak kecik selalu terjadi...
korang perhatikan gambar di bawah ni....
ada nampak stroller baby kat situ? kat tengah gambar kat tepi kedai tu?
gambar ni aku ambik masa kami gi ECM bebaru ni...
nampak macam stroller tu takde baby je dalam dia kan?
aku dah lalu tepi dia dan sebab tu aku ambil gambar ni.... mak ayah budak kecik tu bersama sorang lagi anak diorang tengah sibuk dengar penerangan jurujual kat dalam kedai menjual barang komputer.... baby tu kena tinggal sorang-sorang kat luar kedai...
serius aku kata kalau aku ni penculik budak....aku kata kalau je ye....aku takde kaitan dengan mana-mana kehilangan budak tau....
kalau masa itu aku adalah penculik dengan selamba aku akan tolak troli tu dan blah dari situ tanpa ada orang perasan pun...ini betul tau pasal aku dah stop lama kat sebelah stroller tu dengan shah dan anak-anak tapi aku tengok mak bapak budak tu sikit pun tak perasan aku berdiri kat situ...
buat pengetahuan korang aku tulis dengan beremosi ni tau...cuba bayangkan kalau mak bapak budak tu keluar dari kedai dan baru sedar yang stroller dan baby diorang dah takde? wah tak panik ke masa tu... mesti panik kan? tapi dah terlambat dah masa tu...mungkin budak kecik tu dah selamat sampai kat tangan orang lain....
jadi untuk semua ibu bapa termasuk aku sendiri....sila awasi anak anda! bukan senang nak dapat anak ok....
p/s hujan dah teduh sikit....banjir pun dah surut dah....alhamdulillah lega...terima kasih atas doa semua...
kasihan diorg..diorg terlupa yg diorg ada bby tu..
BalasPadamfaiz! lagi sekali beremosi ni.. terlupa???
Padammau gile dibuatnya kalau hilang..stroller hilang ok lagi anak hilang..mmg menangis darah pun tk guna
BalasPadamgila pun kalau salah sendiri?
Padamalhamdullilah :)
BalasPadamlega hujan dah berhenti..
Padamkusyuk betul la tu sampai anak pun lupa....
BalasPadamSikap sambil lewa dan acuh tak acuh selalu membawa padah..
BalasPadamya...pengajaran untuk semua kak...
Padam