Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Mee Udon

assalamualaikum semua,

hari ni tak sempat nak buat entry kan....haaaa...busy bebenor....

tak sempat nak ke mana-mana pun seminggu duduk kat nilai....kesian kat anak-anak...

hari ni aku nak buat entry pendek je ... pasal mee udon...

mee udon ni kalau tanya kat aku macam rasa mee untuk laksa pasal rasa macam tepung beras je cuma dia macam kenyal sikit dari mee tepung beras tu...

aku memula tak tau makan mee udon ni...tapi masa aku gi kursus ke kuala lipis dan duduk lipis hotel ada jual mee udon black pepper...pastu aku nak try rasa dia macamana...hahaha...org johor cakap jakun la tu... aku pun order la...sekali makan haaa ko tak leh berhenti makan aku masa tu... masa tu la...tapi sekarang ni dah berhenti la ok...hihi...

murah je tau...dalam rm6.50 je semangkuk...aku pun terkejut masa bayar...ye la hotel kan...? ingat bayaran melampau ke macam biasa la kan...sekali siap tax lagi kan....heeee....
kalau korang gi lipis jangan lupa try tau pasal aku dah beli mee udon ni dan masak kat rumah tapi tak jadi la macam diorang masak...ingat kalau gi lipis bebila nanti nak tanya la chef hotel tu resepi mee udon black pepper tu.... aci ke camtu?

selepas kejadian mee udon black pepper aku tak menjadi tu aku ubahsuai guna mee ni cuma untuk kami makan steamboat murah kat rumah macam kami selalu buat...

jadi sesiapa yang tanya pasal mee ni rupa dia camne boleh la tengok gambar di bawah ni ye....

p/s kalau try buat spaghetti pun sedap gak kot...psssttt aku beli kat Giant Kuantan cuma RM2.99 je sebungkus...cukuplah sekali steamboat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus