Muzium Coklat @ Chocolate Museum di Kota Damansara - Cerita Ita                                                             Muzium Coklat @ Chocolate Museum di Kota Damansara Langkau ke kandungan utama

Muzium Coklat @ Chocolate Museum di Kota Damansara

assalamualaikum semua,

hari ni ada luang masa sikit nak lunaskan janji pada korang....

haaa...ini dia cerita pasal kunjungan kami ke Muzium Coklat di Kota Damansara pada hari Ahad lepas....

kami sampai sini jam 12.30 tengahari...ingatkan ramai orang pasal hari ahad kan? tapi mungkin sebab tempat ni baru dan tak ramai lagi yang tau.... aku sampai sini pun disebabkan ada alamat lengkap seperti kat SINI dan kami tuju kawasan tu dengan menggunakan GPS....






kalau diikutkan alamat lengkap dia Jalan Teknologi 3/4 tapi bila sampai jalan tu korang kena ke depan sikit untuk terus ke Jalan Teknologi 3/5 baru boleh jumpa bangunan Dr. Group ni.... sangat jelas digantung banner Chocolate Museum di pagarnya... confirm tak sesat....


bangunan Muzium Coklat Kota Damansara... kena masuk ikut pintu kanan tu...

sebelum masuk bangunan ni korang kena daftarkan diri kat pondok pengawal dia untuk ambik pas lawatan.... yang ada tali kuning abg ngah pakai tu.... hanya untuk orang dewasa je pas ni tapi biasalah anak-anak sibuk... bagi je la kat diorang.... kat dalam tak check pun... mungkin diorang dah pasti jaga akan tapis....

jaga sangat berbudi bahasa.... berbangsa asing tapi orang Islam... sangat ramah... akan memberi salam setiap orang Islam yang datang...orang bangsa asing aku tak pasti....

lepas daftarkan nama korang (yang mana cuma tulis nama, ic no, no pendaftaran kereta dan sign... ) dan ambik pas...korang boleh terus masuk ikut pintu paling kanan ok.... terus je masuk pasal masuk kat sini tak kena bayar.... Perhatian... masuk sini FREE tau.... kami suka tu....hahaha....





memula korang masuk je akan nampak tulisan besar ni dan boleh jalan terus sebelah dia

wajib ambik gambar...walaupun tak ready...nampak tali warna kuning tu? hahaha... labuh kan?

masa kat sini boleh jugak nampak lembu besar ni.... kalau anak-anak tak berani nak pegang lembu betul boleh datang sini...dan duduk atas lembu batu ni... hahaha... tapi mintak kebenaran dulu ye...


lembu susu batu...jangan cuba perah susu dia ok
masa kami kat sini ada staff yang baik hati masa kami masuk dia tolong bukak pintu dan dia la yang guide kami sepanjang berada kat muzium ni... sampai semua yang ada situ dia terangkan.... sangat-sangat informative ok... aku suka budak ni... nak ambik gambar tapi dia lari pulak.... hihi...
tak perasan pulak nama dia...kalau tak aku suruh dia dicalonkan sebagai pekerja contoh... hihi... boleh gitu?


kami di depan kedai coklat dia...
walau tak beli coklat banyak pun... tapi bergambar harus di situ... heee....


ni tempat dia buat demo



naga dari coklat... abg long kagum tu..
korang layan gambar yang banyak ni je la ye.... ni la padahnya bila janji tertunggak lelama.... naga kat atas tu diorang buat dari coklat... buat dari mould dan jadikan naga... hish... yang ni kalau bagi free untuk makan pun aku rasa aku pikir banyak kali ni.... status dia jadi halal ke tak ek? hihi....


lagi mould dan tempat demo...


abg long bertukar jadi ultraman... mungkin dia harap org kat sini buat  mould untuk ultraman pulak kot

shah dah mula survey kedai coklat kat depan tu...apa yang boleh beli ek?....

akhirnya....abg ngah dah mula jimbit satu plastik...


abg long dan abg ngah di pokok koko tiruan.. ada biji koko dalam guni..

last sekali anak-anak wajib bergambar di pokok koko yang makin budak sekarang tak kenal ni...
rumah mak kat johor dulu ada tanam pokok ni.... banyak kat belakang...sekarang ni cuma tinggal satu je kot... itu pun takde buah dah... kesian bebudak sekarang ni.... boleh tengok tv je pun...

haaa.... lupa nak cakap ada gak tv kat depan tu yang tunjuk pemerosesan koko dari buah sampai jadi serbuk... bagus tau cuma ceritu tu panjang sangat...kena berdiri pulak tu...kalau bagi macam bilik seminar yang boleh duduk lagi ok kot....banyak songeh ko cik ta oiiii...

kesimpulannya.... lawatan berjaya dan sangat berbaloi...coklat-coklat yang dibeli juga sangat sedap....

kalau korang pergi wajib beli coklat loacker bebanyak tau....sedap gila! rugi beli satu je...  mahal ko... RM10 sekotak....alahai....

lebih kurang gini la coklat loacker tu... dalam tu ada wafer..  gambar dari en. google
lebih kurang la ye...kang aku balik korek dalam keta kot ada lagi kotak dia...aku ambik gambar...
coklat ferrero rocher (betul ke aku eja ni?) pun lebih murah dari kat luar...



p/s aku nak sambung dengar cikgu cakap ni... dah masuk bab two tail ...one tail pulak dah.... waaa... MU ada ekor pulak dah...

Ulasan

  1. bila masuk free ni, ramai orang tak ita?

    p/s kebanyakan orang Islam belah utara tak makan ferrero rocher tu walaupun murah di langkawi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ramai kak...mungkin ramai yg tak tau lagi kot...dia baru bukak...

      pssst kak...nape ramai x mkn? ita x tau ni...

      Padam
  2. Tk pernah tahu..ini yg br tau..thanks

    BalasPadam
  3. hihihi....sowie kak ita..tali kuning tu ajer yg ada jual..kat kedai ketika waktu itu...heheheheh.....T.q for VISIT US......

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama? eh ko yang mana ni dik? apa pun tq sudi singgah baca blog akak... muzium tu dah best cuma kalau part tengok tv kat atas tu diberi perhatian ok lagi kot... tq.... ;)

      Padam
  4. terima kasih atas informasi ini..anak ustzah buat rujukan untuk buku skrap berkaitan muzium

    BalasPadam
  5. akak, saya buat trip pergi muzium coklat tuh, tp saya taktahu nak contact siapa. saya cuba call office muzium tu but no respon.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum