Penjual Durian Crepe di Kuantan - Cerita Ita                                                             Penjual Durian Crepe di Kuantan Langkau ke kandungan utama

Penjual Durian Crepe di Kuantan

salam sejahtera semua,

post panjang yang dijanjikan tadi tu hold dulu ye....banyak keja pulak ni...

petang-petang ni aku saje la tengok keyword apa orang guna untuk terjah blog ni....

aku ternampak satu ayat.... Penjual durian crepe di Kuantan....

durian crepe kak zati


wah..... kalau aku bisnes ni mesti dah ada orang beli kan?

lama dah tau sejak aku post entry Resepi Durian Crepe haritu lagi....

jadi untuk taknak menghampakan orang yang tercari-cari tu aku tulis la entry ni....

buat pengetahuan korang aku cuma pernah beli 2 kali dari 2 penjual je ye.... Dua-dua pun sedap....

tapi disebabkan kemajuan teknologi yang ada.... ada 3 lagi penjual yang aku tau melalui facebook....yang ini semua area bandar kuantan ye....putrajaya ke... nilai ke...sarawak ke aku tak tau ok....

ok aku listkan...

1. Kak Zati - boleh hubungi melalui handphone tapi mintak kat dia ye...kang salah lak publish sesuka... area sg. isap..dia ada bakery... atau leh gi kat facebook dia
Amaruszati Noor Rahim

2. Kek Comel - owner dia anisa... dia jiran aku kat rumah ni... area bandar putra, tanjung lumpur...boleh contact dia  kat facebook jugak kat
Kek Comel atau nak bagitau aku pun boleh..nanti aku cakap terus kat dia...

3. Nor Azira Hassim - aku tak pernah try tapi dia jual jugak... area beserah... pun sama kat facebook dia Nor Azira Hassim

4. Suraya Shafee - pun aku tak pernah try...  area indera sempurna....pun sama ikut facebook ye... Suraya Shafee untuk 7-9hb ni dia ada jual kat area esplanede kuantan...gi je beli kat sana.... jangan lupa kata aku yang tolong kenalkan ye...hahaha...mana tau dia nak bagi free durian crepe ke...hahaha...kenal pun tidak lagi...

5. Nur Kuantan Homemade - pun tak pernah try pasal dah boleh buat sendiri.... area kg padang... leh contact dia kat facebook jugak... Nur Kuantan Homemade

psssttt...diorang ni bukan jual durian crepe je tau... memacam la... pendek kata hari-hari tunjuk gambar yang boleh buat air liur tos lah!......dah settle.... kalau ada sesiapa yang jual dan nak promote jugak boleh komen kat bawah...nanti aku masukkan list sekali ye.... tak pun kalau segan boleh email je kat rozitaabdrahman@yahoo.com...

p/s malam ni aku nak buat durian crepe ni... semalam dah sesiap letak whipping cream kat peti bawah...adik husna jangan meragam ek...ummi nak melempeng...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...