Isnin, 3 Disember 2012

Alhamdulillah...kami sekeluarga dalam mood sakit..

Salam sejahtera semua,

semalam takde entry mampu ku tulis....

buat pengetahuan semua kami balik kampung hari jumaat lepas..sebelum kami balik memang anak-anak dah kena demam selsema....
sampai je kat kampung, shah pulak kena demam panas sampai mengigil hari sabtu tu...

bila shah baik je...aku pulak kena demam selsema...petang semalam..bergulung aku dalam selimut...dalam kereta masa nalik sini semalam pun sama...berpeluh pulak adik husna duduk kat ummi dia...malam tadi masa tidur pun aku suruh shah bungkus aku dengan toto...sejuk sampai ke tulang rasanya..

kononnya balik kampung nak pulun durian kat umah abah tapi durian yang 2 biji tergolek-golek tu pun tak larat nak makan...berangan pulak tu nak buat durian crepe nak bagi mak rasa..tapi suami tersayangku tu dah sakit...kira terkubur je la hasrat...

hari ni nak angkat kepala pun macam tak larat je dah ni....tapi disebabkan banyak tanggungjawab kena selesaikan...aku gagahkan juga....

p/s tekak pun rasa tawar je dah ni...ada cadangan boleh makan apa-apa?

Cerita menarik lain