Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 30 Disember 2012

apa dah jadi dengan Malaysia....?

assalamualaikum semua,

bersantai di hujung minggu...

hari minggu korang buat apa?
aku tengah melepak sambil tengok jalan-jalan cari makan kat tv3 ni....bestnya tengok si pengacara ikram ni makan... dia tunjuk semua tempat yang diorang pergi sepanjang 2012 ni...menarik...menitis air liur tengok dia makan sate willy kat kajang tu...

sambil tengok tv sambil baca suratkhabar....anak-anak dah kena subcontract dengan orang lain....hihi....diorang bawak berjalan màna ntah....

baru bukak je suratkhabar muka depan dah nampak berita yang mengemparkan....korang tengok la gambar kat bawah tu....bukan gambar perempuan seksi tu ye tapi berita kat belah kiri atas tu dan kat belah kanan atas dan berita utama kat bawah....

yang pertama cerita pasal maut akibat peragut yang menjadi masalah takde kesudahan bagi rakyat malaysia...

yang kedua tu berita anak 3 tahun ditetak oleh ibu saudaranya yang ada masalah mental...

yang ketiga ni lagi parah...anak ditinggalkan di tepi jalan...Allahuakhbar.... terbayang muka anak-anak masa baca berita ni...umur diorang baru 5 tahun, 2 tahun dan 9 bulan masa ditinggalkan...mana la hati dan perasaan bapa dia masa ni...tak mampu nak kata apa-apa bila baca anak yang sulung tu berkata macam ni....

"sejak ayah tinggalkan kami, dia langsung tak datang jenguk kami. saya anggap dia dah mati"...

macamana la anak tu nak membesar dengan perasaan benci camtu kan?

p/s berdoa semoga Allah buka pintu hati semua orang supaya nampak jalan yang benar...amin...

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas: