Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 31 Disember 2012

dah nak mula sekolah!

assalamualaikum semua,


Tabika Kemas Sg. Derhaka


pagi ni memula ingat nak cuti... sebabnya kena daftar abg long ke sekolah hari ni...
tapi bila dah settle semua awal lagi... dalam pukul 11 pagi... makanya aku ke tempat kerja menyudahkan semua kerja-kerja yang tertunggak...

malas betul rasanya nak gi kerja... tambahan pulak kat kuantan ni hujan tak berhenti sejak malam tadi...
sekarang ni baru dapat teduh sikit tapi langit masih gelap, bermakna masih ada potensi hujan terus turun sampai ke petang agaknya... hanya ramalan belaka ok... baru berangan nak gi kerja naik motor... terus kena kensel...

Abg long tahun ni masih di sekolah Tadika Kemas Kampung Derhaka atau nama sebenarnya Tabika Kemas Sg. Derhaka lagi tahun ni... ramai yang tanya disebabkan umur dia dah 6 tahun pada tahun 2013... kenapa tak hantar ke pra sekolah...? hmmmm... camne ye nak jawab? dulu kami dilema jugak nak hantar abg long ke tabika kemas ke atau ke pra sekolah.....

last-last kami hantar ke tadika kemas sebab salah satu alasannya aku tak berapa setuju abg long kena pergi sekolah masa umur dia 6 tahun sebenarnya... nanti tahun depan dia akan naik tahun satu dia sekolah yang sama...in Shaa Allah... jadi suasana sekolah akan sama sampai umur dia 12 tahun? kalau aku yang dewasa ni akan rasa jemu jadi untuk bebudak macam abg long yang suka main tu je tak ke lagi jemu nanti?

takpe la biar aje la dia kat sekolah tadika lagi setahun... sampai dia boleh betul-betul kenal huruf dan buku...

tadi dah selamat daftar untuk abg long... takde seorang pun kawan lama dia kat sini... kesian dia... semuanya ke sekolah pra dan ada juga yang dah masuk tahun satu... nak buat camne nak.. entah-entah nak daftar pra pun abg long tak layak...

yuran yang kena dibayar tadi semuanya sekali RM95 termasuk baju seragam sekolah, baju sukan dan kain baju melayu untuk hari jumaat... sekolah akan bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2013...

abg long sibuk ambik buku bacaan nak tunjuk kat ummi dia tadi... abg ngah pun sama sibuk... tapi sibuk nak main patung zirafah dan gajah je...

adik husna dengan ayah kena tinggal dalam kereta sebab hujan tak berhenti menyebabkan air naik sampai tenggelamkan kasut kerja ummi dalam air... huhu... banyak ye cabaran nak daftar anak sekolah... ini belum anak nak kawin lagi ni...

semoga anak ummi gembira bersekolah lagi tahun ni.... berusaha ye nak.. semua menjadi anak berjaya di masa depan...berjaya dunia dan akhirat....

p/s selalu ingat ayat ini... "anak adalah cermin pada ibu bapanya".... Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Aeda Zainal berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok la abang long dpat pergi sekolah ye kak ita ^^

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang Ita tinggal di Sg Deraka ker? Kalau betul, maknanya kita berjiranlah kan... Wahhh...ada geng

Rozita abd rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sangat seronok... dia dah jemu cuti lelama...

Rozita abd rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aziela, sg derhaka mana ni? kami kat kuantan...