Sabtu, 15 Disember 2012

Dugaan demi dugaan...kami kemalangan!

assalamualaikum semua,

kami on the way ke kuala lumpur ni...

dalam perjalanan untuk kursus seminggu di salak tinggi..tapi kami bertolak awal sebab perancangannya nak gi bermalam di rumah along aku kat sentul dan esok pulak  kami berhijrah ke homestay di nilai..

tapi dah hakikatnya kita manusia memang hanya mampu merancang...Allah jua yang menentukan...

kami diduga bila kereta kesayangan kami dilanggar tadi....gigil badan aku terkejut tadi...kejadian jadi di batu 6 jalan gambang, kuantan...depan sikit dari pasaraya terus maju batu 6...mujur shah yang memandu...
shah ambik keputusan bijak bila ada kereta proton inspira tiba-tiba bagi signal dan terus masuk ke laluan kiri di mana kami berada...

kalau jadi aku tentu aku brek tadi pastu tak pasal-pasal tak jadi gi kl pasal dah ranap depan kereta kami tu....

shah ambik keputusan tekan minyak lajukan kereta dan terus lencongkan kereta ke sebelah kiri dan tekan hon...tau apa terjadi...aku masa tu nampak kereta tu masuk...kami masing-masing cuma sempat sebut "eh..kenapa kereta ni?"

inspira tu bila shah hon je, dia macam panik terus slow tapi tak brek...tetiba "kok".....alahai...kena jugak...jangan tanya aku masa ni...aku dah peluk husna atas riba kuat-kuat dah...anak-anak kat belakang dah senyap sunyi...semua tak terkata dah cemas....

shah terus berhenti kat tepi jalan...inspira tu pun berhenti jugak...keluar seorang pakcik elok berkemeja...tengok muka macam nak marah...sambil melambai shah suruh datang dekat..shah dekatkan kereta dan keluar...muka shah masa ni tak payah nak cakap la camne...dia sayang kereta tu kedua banyak lepas dia sayang aku tau... eh ye ke bang?...hihi...

tetiba pakcik tu tarik dia dan peluk bahu dia sambil tepuk-tepuk dan mintak maaf...dia kata dia tak perasan....dia nak bagi rm50 tapi shah kata tak cukup...dia cakap balik yang dia pun takde duit sebab nak beli barang anak sekolah lagi...dan akhirnya dia bagi rm100...

bila aku tanya shah cukup ke...dia kata cukup dan dia kesian pulak bila pakcik tu dah mengaku salah dia...redha je la suami aku memang baik hati...

tapi tengah jalan tadi diduga lagi aircond kami bocor pulak...apapun kami redha dengan semua dugaan...ini semua rezeki orang lain yang Allah swt nak bagi melalui kami...alhamdulillah....

p/s habis plan nak singgah batu caves beli buku....

Cerita menarik lain