Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 25 Disember 2012

Keraguan Munasabah...sebab aku menghilang...

assalamualaikum semua,

berebut kitorang balik rumah ni pasal nak tengok hantu kak limah balik rumah kat tv3 malam ni...ini semua hassan mutalib la punya pasal ni...ke penulis skrip dia....? hihi....

terserempak pulak dengan kemalangan kat tanjung lumpur tadi...tak tau apa yang berlanggar cuma nampak orang tolak motor dan ada ambulans bergerak menghala ke bandar...tapi nampak gak kesan tayar atas pembahagi jalan kat depan restoran santai tadi...

nak cerita sikit sebab aku hilang 2-3 hari ni....haaa...ini la sebabnya....buku berhantu ni haa....yang aku beli dengan harga cuma rm5 kat PTS baru ni....berbaloi-baloi....

pasal gi PTS tu aku cite nanti-nanti ye....sekarang nak cite pasal buku ni...
bagi sesiapa yang dulu minat nak jadi peguam tapi tak jadi atau nak jadi penyiasat tak jadi gak cam aku ni elok la korang baca buku ni...

buku ni dah keluar tahun 2008 lagi..huh rugi tak beli awal-awal...cuma 305 mukasurat je tu tapi cukup menyebabkan aku tak lena tidur....lepas ni mesti aku nak cari lagi novel tulisan Z.A. Imad ni...berbaloi kalau beli...

p/s aku nak layan hantu kak limah pulak ni....tak leh tumpu nak gelak kalau hadap blog....hahaha....
Cerita menarik lain