Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 28 Disember 2012

yuran taska naik lagi...

assalamualaikum semua,

dah berjumpa semula dengan hari jumaat, penghulu segala hari...

semalam aku dikhabarkan satu berita tak berapa best oleh shah...

yuran taska anak naik lagi....!

lemah je dengar berita camni...aku memula memang hangin gak bila dapat berita tu dari mulut je kan....itu pun cikgu kat sekolah tu yang sampaikan...

takde pulak surat hitam putih dari taska tu sendiri....aku dah tekad kalau diorang tak bagi surat pernyataan maka aku cuma bayar bayaran yuran macam biasa je...
sebabnya yuran diorang tu naik sampai rm100 untuk 3 orang tu...

tapi shah pujuk aku suruh contact pengusaha taska tu dan tanya dia betul-betul....lagi sekali aku hangin...bukan dia ke yang kena contact kita....?

tapi akhirnya aku mengalah...ye la suami yang pujuk kan? keras mana la hati si isteri ni...

aku hantar sms je tanya....dan akhirnya dia balas dengan meminta maaf....alasannya pihak kwsp dah bagi surat dan berkaitan dengan gaji minimum rm900 untuk pekerja swasta dan sewa premis dah naik...di atas alasan itu maka yuran harus dinaikkan....

nampak tak? ada sesiapa lagi nak kata aku tak menyumbang untuk negara selain cukai pendapatan dan lain-lain service charge yang kami kena bayar? sorry entry beremosi ni....maaf ....cuma nak meluah rasa....

pastu akhirnya setelah berbincang dapatlah kami diskaun rm50....lega sikit...walaupun ada kenaikan tapi masih boleh dipertimbangkan....

sebenarnya aku tak marah jika pemberitahuan di beritahu awal sebulan atau dua bulan dari tarikh kenaikan tapi bila diberitahu pada 27/12 untuk kenaikan bulan januari aku rasakan amat tak adil bagi kami ibu bapa ni... bagi aku mungkin tak terasa sangat tapi aku jugak bersuara bagi ibu bapa lain yang mungkin merasakan terbeban dan bercadang nak hantar ke tempat yang lebih murah tapi tak tercapai hanya sebab masa yang suntuk....kesian kan kalau kena macam tu?

aku rasa pengusaha taska tu sendiri akan marah kalau dia terdiri dalam ibu bapa yang macam ni....

p/s bagi semua yang berniaga...tak kira apa pun perniagaan anda..selalu la renungkan etika anda dalam berurusniaga di samping keuntungan yang diperolehi....

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Anum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam petang jumaat
singgah ptg :)