Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 4 Disember 2012

Sedapnya sambal Lempoyang

salam sejahtera semua,
pagi ni kita cite pasal abg long....petang ni kita cite pasal makanan pulak la.....

aku nak cerita pasal sambal lempoyang...

ada yang tak tau pasal lempoyang ke? ok....pasal ada yang tak tau atau tak kenal lempoyang ni apa...meh kita kenal dia dulu meh...

kalau ikut yang aku tau lempoyang ni sama keluarga dengan halia...rasa dia pun nak dekat sama dah cuma lempoyang ni ada rasa pahit-pahit sikit...rupa pun lebih kurang...

cuba tengok gambar dia ni ye....

Halia dari Sumber

Lempoyang dari Sumber

haaa...lebih kurang kan?

ok aku nak cerita kelebihan dia pulak...kalau mengikut mak aku..orang guna lempoyang ni untuk mengeluarkan angin dalam badan...kira macam halia jugak la...salah satu lagi fungsi dia adalah untuk mengembalikan deria rasa...haaa..sesuai sangat la untuk orang yang baru baik dari sakit...
kalau dalam family kami mak selalu buat untuk lauk untuk orang bersalin ni...sedap tau...kalau aku makan hari-hari pun takpe...hihi...

ok sekarang kita cite resepi sambal dia ok...

Sambal Lempoyang

Bahan-bahan
4 ketul isi lempoyang yang dah dikikis kulitnya bersaiz dalam 2 inci
Segenggam ikan bilis
6 ulas cili padi (gantikan kalau lauk orang pantang dengan letak sedikit lada hitam)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Secubit garam

Cara-cara
1. Tumbuk halus semua bahan dengan menggunakan lesung batu.
2. Sedia untuk dimakan...
Sambal ni sesuai dimakan dengan nasi putih panas...

sambal lempoyang
update 5/12/12 : sesiapa yang teringin nak makan lempoyang ni tapi susah nak cari..boleh cari di pasar Chow Kit.. dulu aku kirim along aku beli kat situ.. besar-besar isinya...

p/s dulu shah pelik kenapa aku suka makan lempoyang ni...sekarang dia siap nak tanam dekat rumah kami...hehehe....
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

diana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pernah makan..
baru ni dengar nama lempoyang nih..

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan pahit lempoyang tu..ya tak?

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ada pahit2 sikit kak anim.. tapi kalau orang yang dah biasa makan ok je.. pemecah selera bagi kami yg baru baik demam ni..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cuba la cari dan buat sambal tu... mesti berbaloi..